“Tolong Block Si Diana Ni..Semak Tengok Komen Dia” – Neelofa


Video live TikTok usahawan dan selebriti terkenal Noor Neelofa tular di media sosial selepas dia dikatakan kurang senang dengan tindakan seorang individu yang dikenali sebagai Diana.

"Tolong Block Si Diana Ni..Semak Tengok Komen Dia" - Neelofa 2

Ketika sesi live itu, seorang wanita dikenali sebagai Diana sempat meninggalkan beberapa komen berbaur perlian sehingga membuatkan Neelofa kurang senang.

Kalau lah Fazura buat inai mesti lagi best.

Kurang senang dengan komen tersebut, selebriti berusia 33 tahun itu meminta suaminya untuk menyekat (block) individu terbabit.

"Tolong Block Si Diana Ni..Semak Tengok Komen Dia" - Neelofa 3

Tolong block si Diana ni, serabut betul komen dia.

Menerusi sesi live itu, Neelofa bersama suami bercerita tentang produk mereka serta beberapa perancangan perniagaan yang bakal dilakukan kelak. Menjengah ke laman Twitter, nama Diana tiba-tiba trending gara-gara isu terbabit.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3