TNB Bina Kemudahan Untuk Mengecas Kereta Elektrik
Syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan melabur sebanyak RM90 juta dalam tempoh tiga tahun bagi menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini untuk memanfaat potensi nilai pasaran RM1.3 bilion menjelang 2030. Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu Datuk Baharin Din, berkata pelaburan berkenaan termasuk pembinaan infrastruktur mengecas EV menerusi menjalin kerjasama strategik dengan PLUS Malaysia Bhd untuk menyediakan infrastruktur berkenaan di rangkaian lebuh raya PLUS. Ia juga hampir sama dengan Sime darby yang akan membuka stesen caj dekat lebuh raya
Beliau juga berkata, selain pembinaan infrastruktur mengecas EV di lebuh raya PLUS, TNB juga akan membina infrastruktur berkenaan di jalan raya di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) terutama bagi laluan utama. Katanya, TNB juga akan menjalin kerjasama dengan peserta EV, penggunaan EV bagi kenderaan syarikat, meningkat dan memperkasakan kemahiran tenaga kerja dalam EV serta menaja pengajian berkaitan EV untuk menyokong ekosistemnya di negara ini.
Sumber: google image
Semua usaha ini adalah untuk menggalakkan setiap permintaan terhadap penggunaan EV di negara ini dengan sasaran 500,000 kenderaan sedemikian di jalan raya Malaysia menjelang 2030. Setengah juta EV itu diterjemahkan kepada kira-kira 2.318 jam terawatt (TWh) keperluan mengecas elektrik bernilai hampir RM1.26 bilion,” katanya pada taklimat mengenai Peralihan Tenaga TNB di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Baharin berkata usaha memasang infrastruktur mengecas pantas di rangkaian lebuh raya PLUS itu dijangka bermula September ini. Beliau juga berkata, TNB bakal mempunyai kelebihan berbanding peserta lain membabitkan penyediaan komponen dalam ekosistem EV di negara ini dengan keupayaannya untuk menyediakan bekalan elektrik, pembinaan infrastruktur mengecas dan perisian jaringan. Aplikasi mudah alih akan digunakan untuk memudahkan pengguna EV melanggan untuk mengecas kenderaan masing-masing.
Sumber: google image
Selain itu juga PLUS, kami juga akan menjalin kerjasama dengan pengendali lebuh raya lain di negara ini bagi menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan rakyat. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan rakan strategik untuk merangsang pertumbuhan ekosistem EV.
Related Posts
- King Hatchback Sememangnya Paling Padu
- Pemilihan Untuk Cat Yang Meteoroid Gray Dan Ignite Red Metallic Bagi Honda CR-V
- TCEC Bakal Bawa Masuk Kereta Elektrik Renault Zoe Ke Malaysia
- Kereta Toyota Dan Perodua Mempunyai Jumlah Tempahan Tertunggak Yang Tinggi.
- Kereta F1 Ferrari Dikesan Diatas Jalan Raya