TNB Tawar Rebat Bil Elektrik 100% Disember Ini


Bagi meringankan beban lebih 72,000 pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir, TNB memberikan rebat 100 peratus secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021.

Selain itu, TNB juga menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rebat TNB ini.

Apakah Itu Rebat Elektrik 100% TNB?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ bagi bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir yang terjejas bagi meringankan beban mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia mem babitkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.

“Rebat bil elektrik ini bermakna bil akan dipulangkan balik dan ia hanya ‘one-off’ bagi bulan Disember.

“Saya juga meminta TNB untuk membantu kediaman mangsa banjir B40 apabila bekalan elektrik disambung semula dan pendawaian (dilakukan) secara percuma.

“Kita tahu rumah lama terendam dalam air dan berbahaya jadi TNB sudah membuat pemeriksaan dan melakukan pendawaian percuma di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin, di sini, hari ini.


Cara Semakan & Permohonan

Buat masa ini, cara permohonan atau pelaksanaan masih dalam proses untuk diperincikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.

Bagi yang terjejas, anda boleh mendapatkan makluman terkini dengan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa di website Tenaga Nasional Berhad dan laman sosial rasmi Facebook TNB Careline.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan rebat ini bagi pihak TNB membantu anda, mohon majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya :

1) Nama anda
2) Alamat lengkap termasuk poskod
3) Nombor telefon pertama
4) Nombor telefon kedua

Disclaimers – Semua yang kami share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “TNB Tawar Rebat Bil Elektrik 100% Disember Ini” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Doa Buka Puasa
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k upu online