Baru-baru ini isu berkaitan bil elektrik rumah korang melambung kembali, rata-rata jumlah bil mencecah dari yang sepatutnya bulan bulan kita bayar. Kalau ikut penjelasan yang kita depat disebabkan TNB tak datang check meter sebab PKP. jadinya, jumlah dibawa ke bulan berikutnya melalui pengiraan prorata.
Walaubagaimanapun, ada kelonggaran diberikan, bill yang mahal tersebut boleh bayar mengikut kemampuan anda sampai la hujung tahun ni.
Berkait dengan itu, dulu TNB ada kongsi cara untuk jimat eleketrik, berikut kami ulang siar semula 8 tips untuk anda jimat elektrik dirumah, mak-maka yang selalu guna tu boleh cuba juga.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
1 – Cari Alatan Elektrik Yang Ada Label 5 Star
Nak beli perkakas elektrik seperti peti sejuk, peti ais, aircond ke cari yang ada cop 5 bintang ni, katanya boleh jimat elektrik.
2 – Basuh Baju Bila Penuh Je
Nak basuh baju kumpul banyak-banyak dan sekali basuh je, tidak perlu berulang kali basuh dalam kuantiti yang sedikit.
3 – Streka Baju Banyak Sekaligus
Kalau mak-maka nak streka baju tu, cuba streka baju dalam satu masa dengan jumlah yang banyak sekali gus, tak perlu berulang kali streka.
4 – Letak Peti Ais Jauh Dari Dinding
Letak peti ais korang jauh dari dinding, sekuranya 10cm, dan jauhkan juka dari alatan elektrik lain yang menhasilkan haba juga.
5 – Susun Barang Dalam Peti Ais
Penyusunan barang tidak teratur boleh menyebabkan peti ais anda banyak menggunakan tenaga. Jadi, susun aturlah semula barangan dalam peti ais agar lebih tersusun.
6 – Penuhkan Air Dalam Cerek Air Panas
Nak panaskan air dalam cerek air panas sila masak dengan kadar maximum terus, dan lebihan air boleh letak dalam flask. jadi, air panas tu akan sentiasa panas dan boleh guna berulang kali tanpa anda memasak dua tiga kali.
7 – Tutup Tingkap Dan Pintu Masa Buka Aircond
Tutup segala ruang seperti tingkap, pintu yang membolehkan aircond anda keluar begitu saja, kaedah ni dapat menurunkan suhu ruang tersebut dengan cepat dan sekaligus tidak banyak tenaga yang aircond gunakan untuk menyejukkan satu2 area tersebut.
8 – Tutup Peralatan Yang Tidak Digunakan
Peralatan seperti kipas, komputer dan laptop perlulah ditutup terus kalau tidak menggunakannya, elektrik yang banyak digunakan oleh alatan2 ni jika dibiarkan tanpa manfaat.
Semoga info ini bermanfaat kepada anda bagi mengelak elektrik melambung terlalu tinggi setiap bulan. tq