Migrain adalah salah satu penyakit yang boleh menyebabkan tekanan kepada seseoarang dan ianya mampu memberikan rasa sakit yang berpanjangan jika tidak dirawat dan akan menjadi teruk apabila mempengaruhi seluruh muka hingga boleh membuatkan seseorang pitam.
Serangan migrain bermula daripda sakit kepala dan kemudian ianya akan merebak sehingga seseorang tidak mampu berfikir dengan baik dan mengalami tekanan sehingga memerlukan ubat bagi meredakan kesakitan yang dialami.
Ada sesetengah kes migrain yang tidak mampu bernafas dengan baik dan rasa loya hendak muntah kerana sudah tidak mampu bertahan apabila kelapa menjadi sakit sehingga ke anak mata.
Terkadang pesakit migrain akan mempunyai alahan kepada cuaca panas atau sejuk dan terpaksa mengelakkan diri daipda berada ditempat tersebut agar sakit kepala tidak menyerang di kala sedang sibuk melakukan tugas harian.
Terdapat petua yang dikongsikan agar tidak terlalu bergantung kepada ubat- ubatan seperti panadol dan ubat tahan sakit yang boleh menyebabkan kesan buruk pada masa akan datang.
Bahan yang diperlukan :
Air suam
Cuka apple organik
Madu asli
Cara penyediaan :
1. Sediakan segelas air suam dan campurkan 1 sudu cuka epal bersama 1 sudu madu.
2. Baca selawat 3 kali dan terus minum.
3. Terus sahaja tidur dan rehatkan diri.
4. Selepas bangun insyaallah sakit akan hilang dan pulih.
Penyebab Migrain
- Ketidakseimbangan hormon wanita
- Minuman yang mengandungi alkohol dan kafein
- Kurang minun air masak
- Tekanan pekerjaan atau kehidupan
- Perubahan waktu tidur
- Perubahan cuaca
- Ubat-ubatan
- Makanan
- Penambah perisa makanan
- Keletihan dan kurang rehat
- Makan berlebihan
Cara Atasi Migrain
1. Tidur dan rehat secukupnya setiap hari.
2. Jauhi cahaya dengan mengelakkan diri daripada berada dan tidur dalam cahaya yang terang.
3. Banyakkan minum air kosong .
4. Rendam kaki dalam air sejuk ditambah dengan garam untuk terapi.
5. Ambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti coklat hitam , pisang , tahu , tempe , kekacang , sayuran hijau dan ikan .
6. Pengambilan gula yang stabil.
7. Gunakan minyak angin untuk rileks agar lebih tenang dan cool.
9. Kawal diri dan jangan terlalu kerap terbuai dengan tekanan dalam pekerjaan dan kehidupan.