Malaysia mempunyai musim yang pelbagai setiap tahun dan sekarang adalah musim panas yang mana cuaca kali ini sangat panas sehingga menyebabkan banyak penyakit termasuklah strok haba.
Malah haiwan berbisa juga memerlukan tempat perlindungan kerana cuaca yang tidak menentu sehingga mengganggu habitatnya dan menyebabkan haiwan tersebut mencari tempat perlindungan yang baru.
Baru – baru ini tular bermacam kes tentang haiwan liar ini yang mana haiwan ini muncul di banyak kediaman manusia sehingga memasuki rumah kerana mencari tempat sejuk untuk berlindung.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Perkara ini telah mencetuskan rasa takut dan ianya merbahaya kepada manusia apatah lagi sekiranya terdapat anak kecil di rumah dan orang tua yang tidak berdaya di rumah berkenaan.
Langkah Pencegahan
Terdapat beberapa langkah pencegahan bagi mengelakkan ular memasuki kawasan dan dalam rumah :
1. Pastikan halaman rumah sentiasa bersih dan kemas
Pastikan halaman rumah bersih dan susun barang dalam bekas yang bertutup agar ular tidak menyelinap dan bersembunyi dalam barang keperluan anda.
2. Elakkan tanaman dan lalang yang merimbun
Tanaman yang merimbun boleh menyebabakan ular bersembunyi dan tinggal di tempat berkenaan sehingga bersarang. Pastikan tanaman yang ditanam diselenggara secara berjadual dan semak samun ditebas bersih .
3. Pelihara kucing kerana kucing selalu menjadi penyelamat di kediaman yang dimasuk haiwan berbisa.
4. Pastikan segala lubang di tutup rapat atau dipasang jaring kerana bimbang segala binatang berbisa masuk kedalam kediaman tanpa sedar dan boleh menyebabkan perkara tidak diinginkan berlaku.
5. Pastikan kediaman bebas daripada haiwan seperti tikus dan katak kerana haiwan ini adalah makanan utama bagi ular jadi kehadirannya meningkatkan lagi potensi kehadiran ular di kediaman anda.
6.Bersihkan kolam ikan dan tempat simpanan air.
Kawasan sejuk dan berair seperti kolam ikan dan tempat simpanan air seperti tangki air adalah salah satu tempat kegemaran ular terutamanya ketika musim panas.
7. Taburkan serbuk belerang disekeliling rumah atau kawasan berkenaan.
BACA INI : TipS LAin
Kaedah ini selalu menjadi petua dalam apa saja aktiviti luar seperti bekhemah atau berada di dalam hutan dan ada yang mengatakan ianya adalah mitos semata – mata namun ada juga yang mengatakan kaedah itu berkesan bagi mereka..