Anda baru saja terfikir tentang idea untuk memenuhi dinding rumah anda yang masih terasa kosong dan kurang menarik. Anda juga rasa anda mahu meletakkan bingkai-bingkai gambar milik keluarga anda untuk menghias dinding rumah anda agar kelihatan lebih tersusun dan menarik.
Sudah pasti perasaan itu akan hadir dengan penuh semangat yang berkobar-kobar di hati sebelum anda memulakan projek menyusun bingkai gambar di rumah anda.
Tapi masalah datang bila anda susun sendiri bingkai gambar tersebut mengikut citarasa anda, tapi hasilnya dinding rumah anda kelihatan padat dan serabut. Malah, sakit pula mata bila memandang gambar-gambar yang tak tersusun dengan baik.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Di sini ada beberapa tips untuk anda yang berminat mahu menyusun bingkai gambar anda di dinding rumah agar kelihatan lebih menarik dan kemas. Selamat Mencuba!
Spiral
Mulakan dengan bingkai tengah dan susun bingkai-bingkai yang lain mengikut saiz yang sesuai mengelilingi bingkai tengah sehingga membentuk empat segi. Tapi anda jangan lupa untuk memastikan jarak setiap bingkai adalah sama dan tepat.
Centered
Susun atur sederhana ini memerlukan usaha yang minimum. Cukup pilih satu atau dua bingkai untuk berpusat dan sejajar sisi kiri dan kanan antara satu sama lain. Susun ini adalah yang terbaik jika anda ingin menonjolkan karya seni tertentu.
Outer Align
Anda ingin memastikan semua bingkai luar diselaraskan mengikut susun atur ini. Pastikan bahawa bingkai tengah akan bertemu sedikit lebih dekat di sisi kanan dan kiri.
Reflection
Susunan jenis ini lebih kepada bebas! Jangan risau anda tak perlu mengatur atau menyusun setiap bingkai dengan ukuran tepat.
Staircase
Dinding galeri tangga memerlukan pendekatan yang sedikit berbeza. Selalunya jenis ini, akan di susun di dinding tepi tangga.
Jika tangga anda sebegini, gantungkan bingkai anda dengan sudut tangga yang sama ke atas!
Nine Square
Anda hanya perlu mencari bingkai yang mempunyai saiz segi empat sama dan bilangannya juga ada sembilan kesemuanya. Jadi, anda boleh susun ikut cara ini.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: https://blog.potterybarn.com/6-ways-to-set-up-a-gallery-wall/