Cara Buat Akaun Gmail adalah satu akaun yang penting dan digunapakai oleh ramai pengguna kerana ia dapat memudahkan aktiviti di internet serta mudah untuk kita berkomunikasi dan berkongsi maklumat melalui akaun Gmail ini.
Jika anda masih belum mempunyai akaun Gmail ataupun anda ingin membuka akaun Gmail yang baharu. Di bawah kami kongsikan cara bagaimana untuk membuat akaun Gmail yang baharu paling ringkas.
Cara Buat Akaun Gmail
0️⃣1️⃣Untuk mendaftar akaun Gmail, pertama sekali anda perlu pergi ke laman web Gmail dan klik pada butang “Create an Account” untuk mendaftar akaun yang baharu
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
0️⃣2️⃣Untuk mendaftar Akaun Google anda, masukkan maklumat seperti nama pertama dan nama terakhir, username yang anda mahu guna dan ia bakal menjadi alamat emel anda, masukkan password atau kata laluan yang selamat digunakan dan confirm kata laluan anda yang tadi. Kemudian tekan butang “next“ untuk proses seterusnya
0️⃣3️⃣Masukkan nombor telefon mudah alih anda yang anda guna dan kod verifikasi akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon anda. Kemudian klik pada butang “next“
0️⃣4️⃣Setelah anda memasukkan maklumat no telefon anda tadi, kod verifikasi akan dihantarkan ke no telefon anda melalui SMS. Masukkan 6 digit kod verifikasi kemudian klik butang “verify“. Siap! Akaun Gmail anda akan diaktifkan dan anda boleh mula menggunakan akaun Gmail anda.
Itu sahaja sedikit sebanyak perkongsian tentang cara untuk mendaftar akaun Gmail, semoga ia dapat memudahkan anda untuk mencipta akaun Gmail yang baharu dan anda dapat menggunakannya untuk pelbagai urusan pekerjaan, pembelajaran mahupun komunikasi.