Cara beli tiket bas online sekarang amatlah mudah. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan telah tamat dan sektor pelancongan telah dibuka mahupun boleh merentas negeri, sudah pasti anda ingin berkunjung ke kampung halaman anda ataupun melancong didalam negeri?
Cara Beli Tiket Bas Online
Jadi anda boleh sampai ke destinasi yang anda inginkan dengan menggunakan bas dan membuat pembelian tiket online untuk lebih mudah dan jimat masa, di bawah kami kongsikan cara untuk membeli tiket bas online :
0️⃣1️⃣Muat Turun aplikasi redBus – Online Bus Ticket Booking di App Store bagi pengguna Apple atau Playstore bagi pengguna Android
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
0️⃣2️⃣Pilih negara anda berada contohnya Malaysia dan pilih bahasa yang anda lebih suka samada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
0️⃣3️⃣Klik pada butang SERTAI untuk log masuk
0️⃣4️⃣Anda juga boleh mendaftar dan log masuk menggunakan akaun Facebook ataupun Gmail anda. Klik butang daftar jika ingin mendaftar akaun RedBus atau klik butang Log masuk untuk mengakses aplikasi RedBus
0️⃣5️⃣Masukkan nombor telefon mudah alih anda dan baca Terma dan Syarat serta Polisi Privasi, klik setuju jika anda telah membaca dan setuju dengan Syarat dan Polisi tersebut. Kemudian klik pada butang daftar
0️⃣6️⃣Pilih destinasi yang dari mana anda berlepas dan destinasi yang ingin anda tuju. Kemudian pilih tarikh perjalanan
0️⃣7️⃣Selepas anda masukkan maklumat destinasi dan tarikh perjalanan. Senarai bas-bas yang ditemui beserta harga akan dipaparkan. Pilih bas yang anda mahukan dan selesa untuk perjalanan anda
0️⃣8️⃣Kerusi yang berwarna putih bermaksud tiada tempahan atau kosong. Pilih tempat duduk yang anda mahukan. Anda boleh pilih tempat duduk di tingkat bawah atau pun atas jika bas tersebut bas dua tingkat
0️⃣9️⃣Anda boleh pilih tempat untuk menaiki bas dan juga tempat ketika turun bas
1️⃣0️⃣ Selepas memilih bas, tarikh dan destinasi. Anda perlu mengisi maklumat penumpang dan hubungan seperti emel, no tel, nama dan umur
1️⃣1️⃣Anda boleh pilih insurans perlindungan dengan hanya RM1.00 sahaja. Jika anda pilih untuk membeli insurance, tanda pada bahagian “Yes”. Jika anda tidak mahu membeli insurans untuk perjalanan ke destinasi anda, tanda pada bahagian “No”.
Baca Terma dan Syarat serta Polisi Privasi dan tandakan setuju jika anda bersetuju. Kemudian klik pada “Teruskan Membuat Tempahan” dan akhir sekali boleh pilih cara pembayaran sama ada melalui credit card atau online banking. Tempahan bas tiket anda SELESAI! anda hanya perlu pergi ke kaunter tiket pada tarikh berlepas untuk print boarding pass