Tugas yang sering ibu-ibu lakukan adalah mengemas rumah. Mengemas rumah yang besar dan mempunyai banyak barang bukanlah satu tugas yang ringan. Ibu-ibu akan cepat letih dan emosi mereka akan cepat terganggu apabila melihat rumah yang bersepah.
Dissini kami kongsikan tips untuk mengekalkan rumah yang kemas dan menjimatkan masa dan tenaga ibu-ibu untuk mengemas rumah.
Baca juga:
- Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol
- TNB Kongsi 8 Tips Elak Bil Elektrik Melambung Setiap Bulan
Cara Kemas Rumah Yang Banyak Barang
Berikut adalah tips cara kemas rumah yang boleh meringankan beban ibu-ibu:
1)Tempat Tidur
- Kemas katil / tempat tidur apabila bangun dari tidur.
- Jangan biarkan bilik tidur bersepah.
- Rapikan cadar / lipat selimut dan susun bantal.
- Amalkan sehingga menjadi amalan.
Perbuatan itu boleh dilakukan selepas bangun dari tidur. Lakukan setiap hari sehingga jadi amalan harian.
2) Bilik Air
- Pastikan lantai bilik air dalam keadaan bersih dari kotoran / sabun.
- Membersihkan kotoran di sinki.
- Meletakkan barang ditempatnya selepas menggunanya.
- Flush tandas selepas guna.
- Terus bersihkan / sental kotoran yang nampak.
Perbuatan itu boleh dilakukan sambil mandi. Sebenarnya anda hanya perlu meluangkan masa satu minit saja untuk mengemas bilik air.
3) Sidai Tuala Dan Kumpul Pakaian Kotor
- Letak pakaian kotor didaalam bekas pakaian kotor.
- Basuh pakaian apabila pakaian telah penuh / banyak.
- Jemur / sidai tuala basah di ampaian.
Jadikan amalan diri atau keluarga untuk menyidai tuala basah di ampaian atau tempat yang sesuai.
4) Ruang Makan
- Kemas sisa masakan ssejurus selepas masak.
- Tolak kerusi meja makan ke keadaan asal selepas makan.
- Sapu dan mop lantai selepas makan.
- Kutip sisa-sisa makanan yang bersepah.
Jika sudah selalu diamalkan. Masa untuk menyapu ruang makan berkeluasan sederhana mengambil masa tidak lebih tiga minit.
5) Basuh Pinggan Lepas Makan
- Pastikan singki sebas dari pinggan kotor sebelum tidur.
- Bersihkan singki selepas guna.
- Kutip sampah / sisa yang tersisa di dalam sinki.
- Passtikan pinggan mangkuk disusun di rak.
Rasanya ini antara yang paling penting. Pinggan bersepah, automatik rumah akan nampak bersepah.
6) Bersihkan Ruang Tamu
- Susun kusyen sofa atau kusyen hiasan dengan kemas.
- Kemas mainan ke tempat asal selepas main.
- Sapu dan mop sekitar ruang tamu.
- Simpan barang mainan anak anda di dalam bekas.
Sebenarnya, anda akan menjadi lebih ‘stress‘ jika mendapati ruang tamu bersepah selepas penat bekerja.
7) Buang Sampah Setiap Hari
- Jadikan tabiat membuang sampah setiap hari sebagai amalan.
- Rumah sentiasa dalam keadaan bersih.
- Bebas dari haiwan perosak seperti tikus dan lipas.
- Masalah bau juga dapat dikurangkan.
Rumah bersih kita pon selesa.
Maklumat Lanjut:
Tips lain akan dikongsikan di dalam artikel yang sseterusnya.