Banjir kilat sering melanda di negara ini dan ia berlaku mengejut tanpa tanda-tanda amaran. Lebih parah apabila banjir kilat berlaku tanpa kita sempat mengalihkan kereta kita ke tempat yang tinggi dan selamat.
Bencana banjir yang berlaku di Selangor baru-baru ini telah menjejaskan segelintir masyarat. Banjir yang melanda telah merosakkan pelbagai harta benda orang ramai.
Ramai diantara kita yang tidak bersedia dengan banjir yang datang tiba-tiba selepas hujan turun tidak henti-henti selama beberapa hari yang lalu dan telah menenggelamkan banyak buah kereta.
Apakah langkah yang perlu kita lakukan? Adakah kereta tersebut sudah tidak dapat digunakan lagi? Boleh kah tuntut insurans untuk bencana ini?
Langkah- Langkah Memeriksa Kondisi Kereta Selepas Tenggelam Banjir:
Di sini kami kongsikan sedikit tips bagaimana menghadapi masalah kereta yang ditenggelami air banjir.
1. Lakukan pemeriksaan ke atas kenderaan anda.
Periksa paras mana kereta anda ditenggelami air sama masuk ke dalam bahagian enjin dan juga bahagian dalam kabin kereta.
2. Jangan sesekali cuba hidupkan enjin kereta
Menghidupkan enjin kereta yang ditenggelami air akan menyebabkan kerosakan bertambah teruk kerana kereta juga memiliki sistem elektriknya sendiri. Dibimbangi berlaku litar pintas dan merosakkan bahagian enjin lain.
3. Tunda kereta ke bengkel
Apabila sampai di bengkel, semua bahagian kereta anda perlu dibuka untuk membuang dan mengeringkan bahagian enjin yang dimasuki air.
4. Periksa palam pencucuh kereta anda
Pastikan ia tidak berair. Sekiranya ia berair bermakna, air sudah memasuki bahagian utama enjin dan perlu diservis.
5. Periksa minyak enjin dan petrol
Pastikan minyak enjin dan petrol juga tidak dimasuki air serta pastikan semua bagahian elektronik dan elektrik kering sepenuhnya. Enjin boleh dihidupkan setelah semua bahagian ini kering tetapi jangan sesekali menggerakkan kereta anda kerana bahagian kotak gear masih belum diperiksa.
6. Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu.
Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air.
Komponen-Komponen Kereta Yang Perlu Diperiksa Selepas Tenggelam Banjir:
Berikut merupakan beberapa langkah yang perlu anda lakukan adalah periksa:
1. Brek
Sekiranya kereta anda masih menggunakan sistem brek drum, pedal brek harus ditekan berulang-ulang kali sehingga normal sebelum keluar dari kawasan banjir untuk meneruskan perjalanan. Mekanisma brek drum biasanya mengambil masa yang lama untuk kembali berfungsi dengan lebih baik daripada brek disc.
2. Radiator
Komponen radiator sering menjadi sarang bagi kotoran kecil, sampah, dan kotoran yang dibawa semasa mengarungi banjir. Selepas mengharungi banjir, adalah idea yang baik untuk membersihkan radiator menggunakan air yang bersih dan tekanan rendah.
Selain membersihkan dengan air bersih, alirkan aliran air dalam radiator dan isi dengan yang baru untuk meningkatkan lagi proses penyejukan enjin serta untuk mengelakkan berlaku overheat.
3. ECU
Komponen Unit Kawalan Elektronik (ECU) sering ditempatkan di dalam kabin atau ruangan enjin. Walaupun penempatannya selamat, pusat sistem elektronik di dalam kereta ini akan terdedah kepada air.
Perhatikan paras air jika anda masih mahu menyeberang jalan yang terkena banjir. Jika ECU terkena percikan atau air bertakung, bersiap sedia untuk menghabiskan wang untuk menggantikan ECU yang rosak.
4. Wayar dan Fius
Kabel dan fius memainkan peranan penting dalam sistem elektrik kereta. Walaupun ia terlindung dengan baik, ia adalah idea yang baik untuk memeriksa kabel dan fius dengan kerap. Ini adalah untuk mengelakkan percikan air terkena pada wayar dan fius apabila kereta mengharungi banjir, menyebabkan litar pintas dan kerosakan pada komponen elektrik enjin kereta itu.
5. Gandar, Tie rod, Ball joint, getah Power Steering
Sektor bawah seperti gandar, tie rod, dan ball joint juga perlu diperiksa selepas sesebuah kereta mengharungi banjir. Kawasan ini biasanya disertakan dengan bush getah yang berfungsi untuk melindungi gris sebagai medium pelincir untuk setiap komponen.
Sekiranya getah power steering bercampur dengan air banjir, risikonya adalah bahagian bawah kereta akan berkarat. Jika keadaan ball joint dan tie rod masih baik, ganti saja getah power steering dan lincirkannya lagi dengan minyak.
6. Penapis Udara
Penapis udara pada dasarnya ditugaskan untuk mengekalkan aliran udara untuk keperluan enjin, serta penapisan habuk dari udara masuk ke dalam ruang pembakaran. Sekiranya kereta terkena banjir, pastikan anda tidak menghidupkan kereta dengan segera jika penapis udara basah terkena air.
7. Minyak enjin, transmisi dan minyak gear
Jika kereta terendam di dalam air, lebih baik untuk segera menggantikan minyak enjin, transmisi dan minyak gear. Ini kerana, minyak yang telah bercampur dengan air, akan mengurangkan kuasa pelincir.
Tujuan Claim Insuran:
Jika anda berhasrat untuk claim insuran:
- Jangan start enjin.
- Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir.
- Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi tetapi terus call towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat report.
- Selepas siap buat report, boleh hantar ke mana-mana workshop panel insurans untuk membuat claims.
- Jika renew dengan ejen, boleh terus hubungi ejen.
Semoga perkongsian-perkongsian ini dapat memberi manfaat dalam membantu diantara kita yang terjejas dengan banjir yang baru sahaja melanda.