Tips dan Panduan Kecemasan Hadapi Bencana Banjir

Akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan bencana banjir di beberapa kawasan di negeri Selangor. Segelintir penduduk di kawasan Selangor tidak bersedia untuk mengadapi situasi banjir sepertimana penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang mengalami ancaman banjir setiap tahun.

Ramai diantara kita yang buntu tentang apa yang perlu dilakukan semasa dan ketika banjir.

Oleh itu, ini adalah sedikit perkongsian tentang apa yang perlu anda lakukan untuk menghadapi bencana banjir yang sedang melanda ini.

Risiko Semasa Banjir


Banjir dapat mendatangkan bahaya seperti:

  • Lemas.
  • Terkena renjatan eletrik.
  • Terdedah kepada penyakit seperti kencing tikus, taun, cirit-birit dan demam kepialu.
  • terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatu kedalam longkang.

Tindakan Sebelum Banjir


Berikut merupakan tindakan yang perlu anda lakukan sebelum banjir:

  1. Dapatkan maklumat terkini tentang banjir berhampiran kawasan tempat tinggal anda melalui radio, television atau media sosial.
  2. Pastikan lokasi pemindahan yang berdekatan anda.
  3. Pastikan saluran air tertutup rapat dan bebas dari halangan.
  4. Sediakan kit kecemasan seperti ubat-ubatan, makanan dan minuman.
  5. Sediakan barangan keperluan lain seperti powerbank, lampu suluh dan sebagainya.
  6. Pastikan ahli keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
  7. Pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.
  8. Wujudkan pelan komunikasi tambahan jika terputus hubungan.
  9. Pindahkan peralatan eletrik, perabot ke tempat yang selamat.
  10. Letakkan dokumen penting di dalam bag kalis air.
  11. Bersedia menutup semua bekalan eletrik , injap utama bekalan air dan gas.
  12. Bersedia untuk berpindah, jika diarahkan berpindah.

Tindakan Semasa Banjir


Berikut merupakan tindakan yang perlu anda lakukan semasa banjir:

Di Dalam Rumah:

  1. Dengar pengumuman terkini berkaitan banjir di kawasan anda melalui radio, television atau media sosial.
  2. Bersedia dengan kit kecemasan.
  3. Berpindah segera, jika diarahkan.

Di Luar Rumah:

  1. Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir.
  2. Berpindah ke tempat tinggi dan selamat.
  3. Elakkan mersiar-siar di kawasan banjir dengan menaiki kenderaan atau berjalan kaki.
  4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  5. Awas kanak-kanak dari bermain di kawasan banjir.
  6. Jangan minum air banjir.

Di Dalam Kenderaan:

  1. Jangan mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat selamat.
  2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan dan tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.

Di Pusat Pemindahan:

Sekiranya anda diarahkan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir, berikut merupakan langkah penjagaan kesihatan ketika berada di sana:

  1. Apabila menerima arahan berpindah, segera lakukannya.
  2. Berpindah awal sebelum banjir atau berpindah pada waktu siang.
  3. Ikut laluan yang ditetapkan.
  4. Patuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  5. Minum air masak atau air botol sekiranya tiada bekalan air bersih.
  6. Makan makanan yang dimasak sahaja. (Elakkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman).
  7. Jangan makan makanan yang sudah terdedah.
  8. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling.
  9. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala muntah atau cirit.

Tindakan Selepas Banjir


Berikut merupakan tindakan yang perlu anda lakukan selepas banjir:

  1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan dari pihak berkuasa sebelum kembali ke rumah masing-masing.
  2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya ( orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
  3. Periksa rumah anda, lihat perubahan pada rumah dan pastikan selamat.
  4. Jangan terus masuk kedalam rumah jika masih dibanjiri air.

Semasa Memasuki Bangunan:

  1. Sentiasa memakai kasut.
  2. Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
  3. Sentiasa berwaspada dengan binatang atau serangga berbahaya.
  4. Perhatikan syiling dan dinding rumah, jika ada keretakan atau berkemungkinan jatuh.

Periksa Ancaman Bahaya:

  1. Periksa paip saluran gas yang mungkin bocor atau pecah.
  2. Periksa wayar eletrik yang terendam di dalam air.
  3. Periksa peralatan eletrik yang tenggelam.
  4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya)
  5. Buang barang makanan yang telah rosak.
  6. Periksa tangki septik untuk mengelak bahaya biologi.
  7. Laporkan kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
  8. Buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dalam membantu mangsa banjir yang berhampiran kita. Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3