Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol

Kebiasaannya rumah yang ada anak bersekolah atau suami isteri bekerja pejabat sering terjadi seterika hangus dipagi hari kerana digunakan pada waktu yang terlalu tergesa-gesa.

Produk baru seterika zaman sekarang terlalu cepat panas kerana terlalu nipis dan ringan.

Kebanyakkan seterika yang hitam kerana pakaian hangus semasa menggosok menyebabkan kerja menggosok jadi tergendala dan akan meninggalkan kesan hitam halus pada baju yang digosok.

Keadaan ini menyebabkan orang ramai membuat keputusan untuk tidak akan menggunakan seterika itu lagi malah ada yang dibuang kerana kesan hitam menyebabkan pakaian putih kotor dan meninggalkan kesan yang sukar untuk dihilangkan.

Malah kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walaupun dikikis atau dilap dan dibasuh menggunakan pencuci.

Ini tips yang dikongsikan oleh Achai Wong untuk membersihkan seterika yang terkena kesan hangus / hitam.

Tanpa perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol Soluble dan hasilnya memang berkesan.

Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol 2

Cuma gosok  sebiji Panadol pada seterika


  1. Panaskan seterika dan basahkan Panadol.

Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol 3

2. Kemudian gosokkan  Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tangan tidak terkena pada seterika yang terlalu panas.

Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol 4

3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas untuk menghilangkan kesan hitam jadi jangan panik , godok sehingga panadol cair sepenuhnya.

4. Kemudian lapkan permukaan seterika dengan kain tebal supaya tidak terkena tangan.

Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol 5

5 .Hasilnya, Bersih dan berkilat seperti baru dibeli. Ok bole cuba kepada sesiapa yang mempunyai seterika dengan kesan terbakar.

Tip Mudah Hilangkan Kesan Hitam Hangus Pada Seterika, Cuma Gosok Dengan Panadol 6

Selamat mencuba!!!

 

Sumber: Achai Wong


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3