Kebiasaannya rumah yang ada anak bersekolah atau suami isteri bekerja pejabat sering terjadi seterika hangus dipagi hari kerana digunakan pada waktu yang terlalu tergesa-gesa.
Produk baru seterika zaman sekarang terlalu cepat panas kerana terlalu nipis dan ringan.
Kebanyakkan seterika yang hitam kerana pakaian hangus semasa menggosok menyebabkan kerja menggosok jadi tergendala dan akan meninggalkan kesan hitam halus pada baju yang digosok.
Keadaan ini menyebabkan orang ramai membuat keputusan untuk tidak akan menggunakan seterika itu lagi malah ada yang dibuang kerana kesan hitam menyebabkan pakaian putih kotor dan meninggalkan kesan yang sukar untuk dihilangkan.
Malah kesan hangus ini juga sukar dihilangkan walaupun dikikis atau dilap dan dibasuh menggunakan pencuci.
Ini tips yang dikongsikan oleh Achai Wong untuk membersihkan seterika yang terkena kesan hangus / hitam.
Tanpa perlu beli bahan pencuci khas, caranya hanya menggunakan Panadol Soluble dan hasilnya memang berkesan.
Cuma gosok sebiji Panadol Soluble pada permukaan seterika
- Panaskan seterika dan basahkan Panadol.
2. Kemudian gosokkan Panadol yang dibasahkan tadi pada permukaan seterika yang ada kesan hitam. Gunakan alat yang sesuai supaya tangan tidak terkena pada seterika yang terlalu panas.
3. Semasa menggosok Panadol ini, akan berlaku tindak balas untuk menghilangkan kesan hitam jadi jangan panik , godok sehingga panadol cair sepenuhnya.
4. Kemudian lapkan permukaan seterika dengan kain tebal supaya tidak terkena tangan.
5 .Hasilnya, Bersih dan berkilat seperti baru dibeli. Ok bole cuba kepada sesiapa yang mempunyai seterika dengan kesan terbakar.
Selamat mencuba!!!
Sumber: Achai Wong