Tindakan Wanita Didakwa Berpakaian Ihram Seperti Lelaki Ketika Umrah Tidak Berakal


GEORGE TOWN, 13 Ogos, satu tindakan seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram seperti jemaah lelaki disifatkan sebagai tindakan yang tidak berakal dan sengaja mempermain-mainkan atau menghina agama Islam.


Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor lalu berkata tindakan dilakukan wanita itu hanya memudaratkan diri sendiri malah agama Islam bukan bahan mainan atau sendaan.

“Seorang wanita Muslim dituntut menghormati dan mengagungkan agamanya, malah tindakan wanita itu disifatkan sebagai hanya memudaratanitakan diri sendiri sedangkan agama Islam sedikit pun tidak terjejas oleh tindakan yang tidak berakal itu.

Jika tidak taubat akan dihumban ke neraka jahanam

“Melakukan perbuatan yang berlawanan dengan hukum Islam secara sengaja bererti mempermain-mainkan atau mempersendakan agama, dengan tindakan sedemikian pelakunya menjadi kafir. Jika tidak bertaubat dia akan dihumban ke neraka dan akan menerima seksaan yang dahsyat di akhirat nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Namun, Wan Salim telah berkata banyak lagi cara untuk mencari populariti atau menjadi famous, malah bukan dengan menjadikan agama sebagai bahan mainan atau sendaan kerana ia tindakan jelas sekali menghina agama.

”Agama Allah tetap berkembang pesat dari semasa ke semasa…semakin ramai manusia menganutnya terutama dalam kalangan para ilmuwan dan cerdik pandai dalam pelbagai bidang ilmu dan kerjaya,” katanya.

 

Baru-baru ini, viral satu video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.


Berikutan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata pihaknya memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram lelaki malah agensi yang menguruskan umrah wanita terbabit juga akan dikenakan tindakan jika benar dakwaan seperti ditularkan.

 

Baca juga : Setahun Tak Bertemu, Pelajar Pondok Menangis Berdoa Siang Malam Minta Mak Ayah Datang Jenguk




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3