Senarai Kandungan
Anda tersalah transfer duit ke akaun bank orang lain?
Dalam kes seperti ini, apakah yang anda boleh lakukan? Adakah terdapat lagi peluang untuk wang tersebut dikembalikan kepada anda?
Salah satu kelebihan perbankan internet adalah kemudahan memindahkan duit anda kepada orang lain dengan hanya beberapa klik sahaja.
Walau bagaimanapun, ada ketikanya anda mungkin tidak menyemak nama penerima dengan sebaiknya atau terlepas pandang akan nama penerima akaun sehinggalah anda sedar bahawa anda tersilap memindahkan ke akaun bank orang lain.
Pastikan anda ikuti langkah-langkah di bawah ini dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk mendapatkan kembali wang anda.
1. Dapatkan bukti transaksi.
Setelah anda membuat pemindahan wang tersebut, dapatkan bukti transaksi sama anda secara screenshot atau save sahaja fail PDF transaksi wang tersebut.
Info berikut mesti jelas:
- No akaun penerima.
- Nama penerima.
- Jumlah wang yang dipindahkan.
2. Buat laporan kepada pihak polis.
Segera ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis. Apabila membuat laporan polis, nyatakan butiran-butiran seperti:
- Nama.
- Nombor akaun penerima.
- Jumlah wang yang dipindahkan.
- Masa kejadian.
- Lain-lain yang berkaitan.
Apabila anda membuat polis, pihak bank akan mengambil serius akan perkara ini kerana laporan telah dibuat. Sebarang penipuan boleh didakwa mengikut undang-undang atas dakwaan palsu.
3. Pergi ke cawangan bank berdekatan.
Pergi ke cawangan bank berdekatan dengan anda bersama-sama dengan laporan polis yang telah dibuat.
Bersemuka dengan pegawai bank yang bertugas dan di kaunter dan nyatakan mengenai masalah anda iaitu salah transfer duit ke akaun bank orang lain.
4. Tunggu respon dari penerima.
Apabila laporan polis telah dibuat dan pihak bank telah dimaklumkan, pihak bank perlu berhubung dengan pemilik akaun tersebut dan mendapatkan persetujuan mereka untuk memulangkan kembali duit yang diterima daripada anda.
Pro Dan Kontra:
Proses akan menjadi mudah sekiranya pihak bank dapat menghubungi pemilik akaun dan mereka bersetuju untuk memulangkan kembali duit tersebut kepada anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya mereka tidak dihubungi atau enggan memberikan kerjasama memulangkan kembali duit anda, anda perlu membawa kes ini ke mahkamah untuk diselesaikan.
Sementara itu, prosedur pemulangan semula wang tersebut kepada anda juga berbeza mengikut setiap bank.
Kesimpulan:
Bagi mengelakkan anda dari tersalah transfer duit pada masa akan datang, pastikan anda cek dengan teliti nama dan nombor akaun penerima sebelum memindahkan wang.
Related Posts
- MK Tayang Kekasih Buat Ramai Wanita Patah Hati , Kekasih Pulak Anak Orang Kenamaan Pahang
- “Doakan Yang Terbaik Untuk Kebahagiaan Kami” – Noor Nabila
- Keluarga Atta Halilintar Dituduh Ikut Ajaran Al-Aqram Setelah Dua Tahun Tinggal Di Malaysia
- Berbogel Di Pohon Suci, Influencer Russia Diusir Dari Bali
- Baby Shima Bakal Berpindah Kerana Merajuk?