Tiket Online Habis Dijual!


Piala FA. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Separuh Akhir Piala FA, Terengganu vs Selangor

Lebih 40,000 penyokong Terengganu bakal membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Sabtu ini untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor apabila jualan tiket dalam talian (Online) dilaporkan sudah habis dijual.

Tiket Online Habis Dijual!

Penjualan tiket tersebut telah dibuka sejak 29 Julai 2022 melalui laman web tickethotline.com dan pembelian melalui aplikasi Terengganu FC. Walaupun harga tiket dewasa mencecah RM20 namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada penyokong setia skuad penyu.

Situasi itu memaksa pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) menjual 12,000 lagi tiket secara fizikal di kaunter stadium pada hari perlawanan (6 Ogos). Menurut kenyataan rasmi, penjualan tiket ini adalah merangkumi 10,000 tiket dewasa dan 2,000 tiket kanak-kanak.


Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

“Bagi memastikan kapasiti tempat duduk stadium dapat memuatkan kesemua penyokong yang membeli tiket, kanak-kanak berusia atas dari 2 tahun diwajibkan masuk bertiket. 
Untuk maklumat, kesemua tiket atas talian (online) telah habis terjual pada hari kedua penjualan,” tulis kenyataan rasmi TFC.

Pertembungan separuh akhir kedua Piala FA ini dijangka berlangsung sengit apatah lagi kedua-dua pasukan turut memburu tiket beraksi di Piala AFC musim depan jika berjaya muncul sebagai juara.

Susulan kejayaan Terengganu  dan Selangor melangkah ke separuh akhir Piala FA, perlawanan Liga Super 2022 melibatkan dua pasukan berkenaan pada 4 Ogos 2022 terpaksa dipinda.

Berdasarkan tarikh baharu yang ditetapkan, Terengganu bakal bertemu Sri Pahang di Stadium Darul Makmur pada 21 Ogos 2022 manakala Selangor akan menjadi tuan rumah kepada PJ City  di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga pada tarikh yang sama.

Penafian – Bahan artikel kami share diatas hanyalah panduan dan ringkasan yang related dengan “Tiket Online Habis Dijual!” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.