Anda pernah kehilangan duit dalam bank?
Sekiranya anda pernah mempunyai pengalaman wang simpanan anda dalam akaun bank tiba-tiba hilang, mesti anda panik kan?
Jika anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk mendapatkan kembali duit simpanan anda.
Anda boleh rujuk langkah-langkah yang perlu diambil dengan segera bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi.
Baca juga:
Tindakan Segera Untuk Mendapatkan Kembali Duit Yang Hilang:
Berikut antara langkah pantas yang perlu diambil:
Langkah 1: Maklumkan kepada pihak bank:
Laporkan segera kepada pihak bank, sebaik sahaja anda menyedari kehilangan wang anda dalam akaun bank anda.
Butiran maklumat yang perlu anda sediakan untuk memudahkan pihak bank untuk menyemaknya:
- Berapa jumlah wang yang hilang.
- Bila anggaran masa transaksi wang.
- Apa nombor akaun atau nama penerima wang.
Nota: Lampirkan bukti gambar atau screenshot.
Langkah 2: Laporkan kepada pihak polis:
- Sila buat laporan mengenai kehilangan wang melalui transaksi tidak sah ini di balai polis berhampiran.
- Sediakan bukti-bukti seperti yang anda berikan kepada pihak bank.
- Dapatkan salinan laporan polis untuk diberikan kepada pihak bank.
- Dapatkan nombor telefon pegawai penyiasat anda bagi memudahkan anda mendapatkan sebarang perkembangan terkini mengenai kes anda (sekiranya ada).
Langkah 3: Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan:
- Hantarkan salinan laporan polis mengenai duit hilang dalam akaun anda kepada pihak bank.
- Pastikan anda menyimpan satu salinan laporan untuk simpanan peribadi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, contohnya laporan polis hilang/tercicir dalam tangan pihak bank.
- Pihak bank akan menyiasat laporan anda dan ianya mungkin mengambli masa 2 minggu.
- Sentiasa follow-up kes anda kepada pihak bank dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkembangan terbaru daripada pihak bank.
Langkah 4. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia:
Anda juga digalakkan memanjangkan laporan kehilangan duit dalam akaun anda kepada pihak BNM melalui salah satu cara yang berikut:
- Borang telelink BNM
- Talian BNM:
- Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
- Luar Negara: +603-21741717
- Cawangan BNM negeri anda.
Maklumat Lanjut:
Maklumat lanjut akan dikongsikan di dalam artikel yang berikutnya.