Tidak Kisah DiKecam Demi Menjayakan Drama , Siapa Watak Suami Jahat Dalam Drama Janji Anaqi?


Talha Harith adalah pelakon senior yang sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan dan banyak drama popular yang telah dilakonkannya dan menjadi fenomena. NAmun penampilan terbaru daripadanya yang sedikit berisi dan berkepala botak dalam drama I Promise, Janji Anaqi telah membuatkan ramai penonton menyangka dia adalah pelakon baharu dalam industri tanah air.

Lebih- lebih lagi apabila dia yang melakonkan watak Zafran, seorang kaki pukul dan suami dayus telah menjadi perhatian dan bualan penonton menerusi drama yang yang ditayangkan di saluran Astro Ria itu.

Dia mengakui masih aktif berlakon dan ada menerima tawaran malah sedang sibuk dengan penggambaran merasa teruja kerana pertama kalinya berpenampilan botak dan berisi demi menjayakan drama tersebut.

Talhah yang terpaksa menaikkan berat badan beberapa kg untuk membawa kelainan pada watak tersebut .Sebelum ini dia banyak muncul dalam drama dengan penampilan lelaki hensem ,peramah dan berbudi bahasa malah kelihatan sangat kacak dengan gaya rambut lelaki idaman malaya.

Namun kali ini dia menerima cabaran dengan menaikkan berata dari 64kg ke 68 kg dalam masa seminggu dan sangat seronok dan sudah bersiap sedia menerima kritikan dan kecaman netizen kerana watak yang dibawakan dan bersyukur kerana watak itu telah meninggalkan kesan kepada penonton.

Jelas Talha lagi, dia sudah lama tidak melakonkan watak sebegitu dan diberi peluang kali ini dan merasa teruja dan mahu melakonkan watak seperti itu lagi dimasa akan datang kerana ianya mencabar dan memberinya pengalaman baru yang bukan mudah untuk dimiliki.

Dalam drama tersebut,Talha melakonkan watak Zafran iaitu suami kepada Hayla lakonan Emma Maembong yang dulunya baik dengan Hayla dan dijodohkan kerana keluarga. namun Zafran kemudian menjadi panas baran apabila berasa Hayla telah berubah. Sebelumnya sekepala tetapi Hayla sudah bertaubat. Dari situ membuatkan Zafran untuk menjadi kaki pukul dan rasa Hayla mencabar dirinya. Semua ini menjadikan Zafran lebih agresif.

   Perbezaan Rupa Apabila Kepalanya BOtak dan Juga Sedikit Berisi.

“Diakui sudah lama tak bawa watak begini. Selalu watak baik saja. Soal dikecam saya sudah biasa kena. Dulu sudah pernah dikecam malah pernah kena hempuk dengan seorang makcik menggunakan tas tangan. Sekarang kena marah dikatakan ‘kurang ajar punya botak’,” katanya.

“Kalau ada tawaran lagi untuk watak sebegini, saya okay sahaja. Saya bersyukur sebab dalam drama ini kita boleh berbincang supaya tak klise. Kita bawa kelainan untuk setiap adegan agar nampak lebih menarik. Kita menjaga keselamatan dari segi pelakon dan teknikal,” katanya.

Berkongsi pengalaman sepanjang penggambaran 28 episod drama arahan Hadith Omar itu, Talha berkongsi dia turut mengalami kecederaan dan lebam di badan apabila terpaksa melakukan adegan tergolek di tangga dan bergaduh.

Dia memang ada mengalami kecederaan dan lebam pada tubuh dan mengambil masa seminggu untuk hilang kesan lebam tetapi perkara itu adalah cabaran yang perlu dihadapinya. Talha juga mengakui senang berkerjasama dengan pelakon hebat yang memudahkan penggambaran kerana semua sudah berpengalaman.

Drama terbitan Juita Viden ini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Selain Talha, drama ini menampilkan pelakon utama Sharnaaz Ahmad dan heroinnya Emma Maembong.


*Mengenai penderaan domestik yang banyak berlaku diseluruh dunia yang mana isteri menjadi puchbag suami yang panas baran banyak berlaku dalam masyarakat kita namun adakalanya isteri tidak mengambil tindakan kerana terlalu sayang atau takut namun kasihilah diri sendiri daripada disakiti oleh orang yang tersayang. Sekarang banyak akta yang melindungi isteri yang dipukul dan dibuli jangan takut untuk bertindak dan melaporkan kerana nyawa anda begitu berharga.

 

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Tidak Kisah DiKecam Demi Menjayakan Drama , Siapa Watak Suami Jahat Dalam Drama Janji Anaqi?” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia