Kod 201 Dan 010 Ralat Log Masuk Pengeluaran Khas KWSP


Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 kini boleh dibuat bermula 1 April 2022.

Cara untuk mohon Pengeluaran Khas KWSP sangat mudah. Hanya dengan masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dapatkan no TAC/OTP melalui SMS.


Kemudian, barulah boleh meneruskan permohonan pengeluaran dengan memilih amaun pilihan, maklumat peribadi dan sebagainya.

Namun, sekiranya anda gagal log masuk Pengeluaran Khas KWSP, kemungkinan besar anda mempunyai masalah dengan nombor telefon.

Baca juga:

Error kod ralat 201 & 010 KWSP:

Berikut adalah antara punca terjadinya error tersebut, antaranya ialah:


  • Nombor sudah tidak aktif.
  • Bertukar nombor telefon baru dan belum kemaskini nombor telefon dengan KWSP.

Tindakan yang perlu dibuat adalah dengan mengemaskini profil KWSP anda dengan maklumat-maklumat terkini di portal KWSP.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang KWSPatau hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3