Sebut sahaja nama Caprice, pasti ramai yang tahu bahawa penyanyi rap itu tidak pernah terlepas pandang dan sering mengulas pelbagai isu hangat yang menjadi bualan ramai.
Termasuk baru-baru ini, Caprice sibuk menguruskan isu pendakwah yang terlibat dalam kes penderaan seksual dan isu pendidikan.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian baru-baru ini, Caprice memaklumkan dia tidak cukup tangan apabila menerima banyak mesej meminta bantuan dalam beberapa kes.
Menerusi entri itu, Caprice turut bertanyakan kepada pengikutinya mungkin ada yang berminat untuk menyertai pasukannya.
Semalam, Caprice memberitahu dia akan berjumpa dengan wakil Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bagi berbincang mengenai isu individu mengaku cicit Nabi Muhammad SAW.
View this post on Instagram
Caprice berkata pertemuan dengan JAKIM itu dibuat selepas menerima banyak permintaan daripada netizen berhubung perkara itu.
Sementara itu, dalam perkongsian lain, beberapa netizen meminta Caprice menyiasat kes mengenai ejen Mossad dan menyelidik mengenai individu tersebut.
Sebelum ini, Caprice mendedahkan perbualan antara seorang budak lelaki dan seorang individu yang didakwa seorang pendakwah terkenal. Caprice turut memohon maaf kerana jika dia tidak berbuat demikian dengan mendedahkan mesej yang diterima daripada mangsa, tiada siapa yang akan melakukannya.