Tiada Sebarang Kemajuan Di Tunjukkan Buat Selangor!


Selangor FC. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Jangan Buat Sesuatu Yang Pelik

Selangor dilihat membuat keputusan yang agak pelik dalam kalangan penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan, apabila mereka mengembalikan tugas Michael Feichtenbeiner selaku Pengarah Sukan.

Sebelum itu, Michael sah tidak lagi menjawat selaku pengendali Selangor setelah beberapa keputusan hambar dilakar pasukan tersebut serta tidak ada perubahan positif dalam corak permainan.


Keputusan yang diambil Selangor untuk mengembalikan jawatan asal Michael itu turut mendapat perhatian bekas pemain kelab tersebut iaitu Azlan Johar.

Menurut beliau, sepatutnya jawatan tersebut diisi oleh seseorang individu yang mempunyai kebolehan mewujudkan suasana kemajuan bola sepak untuk Selangor, bukan sahaja sekadar mahir dalam sukan itu.

“Jadi jurulatih pun tidak bawa kemajuan pada Selangor, bagaimana pula dia boleh kembali sebagai pengarah sukan? Adakah pelantikan ini semata-mata untuk memenuhi syarat ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)?


“Sudah bertahun juga dia menjadi pengarah sukan tetapi apa yang dia buat untuk SFC? Nak katakan air tangannya membawa naik ramai pemain muda pun susah juga kerana adakah beliau yang meninjau pemain ini dari seluruh Selangor? (Pemain muda) daripada sentuhan jurulatih tempatan juga.

“Mungkin beliau pun ada modul yang cuba diperkenalkan kepada SFC tetapi nampaknya modul itu tak berhasil. Beruntunglah Micheal dapat melancong dan dapat gaji selama empat tahun berada di Malaysia.

“Bagi jawatan pengarah sukan ini, lebih baiklah kita beri pada anak tempatan sahaja. Adakah mereka (jurulatih luar) ini benar-benar bekerja kuat untuk kemajuan bola sepak kita?


“Sebagai anak jati Selangor yang bermain dengan Selangor dan jurulatih yang mendapat didikan daripada Selangor, pada saya menjadi tanda tanya apabila perkara seperti ini berlaku. Ini satu perkara yang harus kita fikirkan,” katanya menerusi Berita Harian.

Sebelum itu, Selangor menerusi kenyataan rasmi menyatakan Michael meletakkan jawatan beliau selaku pengendali pasukan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan kelab seperti sebelum ini.

Pada masa sama, Azlan juga berharap agar agar Nidzam Jamil yang sebelum ini menjawat tugas sebagai pembantu jurulatih dapat menggunakan peluang beliau sebaik mungkin, setelah kini diangkat sebagai ketua pengendali sementara Selangor.


“Jangan segan bertanya kepada rakan jurulatih yang lain apa yang patut awak buat. Saya yakin semuanya sedia untuk membantu. Saya pernah menyertai kursus kejurulatihan dengan Nidzam dan saya tahu dia sangat berpotensi.

“Jangan buat sesuatu yang pelik dan buatlah apa yang diperlukan bola sepak terkini. Saya doakan kejayaan untuk adik saya ini,” katanya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3