Menurut Timbalan Menteri Kesihatan (KKM) Dr Noor Azmi Ghazali, bagi setiap pemakaian pelitup muka atau sebaliknya adalah atas faktor pilihan yang diberikan kepada masyarakat negara dalam pengumuman baharu.
Dengan itu, kerajaan tidak akan lagi mengeluarkan saman di bawah Akta 342 iaitu Akta Pecegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ke atas mana-mana individu yang memilih tidak memakai pelitup muka di kawasan terbuka.
Walau bagaimanapun, KKM kekal menyarankan orang awam untuk terus menjaga kesihatan diri dan mengamalkan norma baharu supaya dapat memerangi penularan COVID-19 secara berterusan tanpa mengugat kesejahteraan semua pihak.
Sekadar info, orang awam juga diingatkan untuk kekal memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di fasiliti kesihatan untuk mengurangkan kadar penularan.