Home » Isu Semasa » Tiada Lagi Janjitemu Online JPJ Mulai 6 Sept 2021, Dah Boleh Walk-In

Tiada Lagi Janjitemu Online JPJ Mulai 6 Sept 2021, Dah Boleh Walk-In

Tiada Lagi Janjitemu Online JPJ Mulai 6 Sept 2021, Terus Walk-In

MAKLUMAN: Mulai 6 September 2021 ini, JPJ akan menghentikan sistem janji temu dalam talian untuk memberi sokongan kepada pelanggan yang menerima vaksinasi lengkap untuk berurusan di kaunter JPJ.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, DS Wee Ka Siong menerusi sebuah kenyataan media terkini.

Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ mestilah mendapat vaksinasi lengkap sebagai langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk kakitangan yang bertugas.

Pada masa yang sama, pelawat juga perlu menunjukkan status Risiko Rendah COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Namun begitu, bagi mengelakkan kesesakkan di kaunter anda boleh gunakan cara alternatif untuk memeperbaharui lesen dan roadtax anda seperti dibawah:

MOT turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berurusan di mana-mana kaunter JPJ termasuk memakai pelitup separuh muka, menggunakan cecair pembasmi kuman atau ‘hand sanitizer’, mengamalkan penjarakan fizikal dan mendaftar masuk atau ‘check-in’ menggunakan aplikasi MySejahtera.

Rujuk kenyataan penuh berikut:

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Tiada Lagi Janjitemu Online JPJ Mulai 6 Sept 2021, Dah Boleh Walk-In” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!