Tiada Kontrak Baru, “Pogback” Kembali Semula Ke Juventus?


Pulang kembali ke Juventus atau sebaliknya. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Paul Pogba bersedia untuk meninggalkan Man United dan kelab-kelab gergasi seperti Real Madrid, Manchester City, PSG dan Juventus adalah antara kelab yang dikatakan mengintai khidmat Pogba.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal meninggalkan United apabila kontraknya tamat bulan depan dan dia tidak boleh berunding secara rasmi dengan mana-mana kelab Inggeris dan itu menjadikannya semakin berkemungkinan untuk berpindah ke luar negara.

Namun kelab yang mencuri tumpuan Pogba adalah Juventus dimana kelab tersebut yang telah menggilap bakat sebenar beliau sebelum beliau kembali ke pangkuan United. Juventus hari ini telah membuat langkah pertama dengan menjemput ejennya Rafaela Pimenta untuk berbincang di Turin.

Pimenta salah seorang peguam Brazil yangkini menjaga kepentingan Pogba selepas bekas ejennya Mino Raiola meninggal dunia pada April lalu. Selain Juventus, wakil Pogba kekal berdialog dengan Real Madrid dan Paris Saint-Germain. Potensi kekal dalam Liga Perdana juga tidak diketepikan.

Menariknya, satu sumber memberitahu Sky Sports News bahawa Pogba akan mengalu-alukan peluang untuk bercakap dengan Erik ten Hag sebelum membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya. Tiada tawaran kontrak baharu daripada United sejak musim panas lalu.

Pemain antarabangsa Perancis itu akan terbuka untuk kembali ke Turin di mana dia bermain diantara tahun 2012 sehingga 2016 dan bakal bersatu semula dengan bekas pengurusnya iaitu Max Allegri.

Juventus tidak akan dapat menawarkan Pogba pakej kewangan yang lebih baik daripada pesaing mereka tetapi mengetahui bahawa dia akan membuat keputusan demi masa depan bola sepak dan berharap dia akan memilih projek mereka.

Sekiranya perpindahan berlaku, ia adalah kali kedua gergasi Itali itu menandatangani Pogba secara percuma daripada United.

Pada tahun 2012, Juventus menandatangani pemain berusia 19 tahun itu dan menjualnya kembali kepada United dengan harga £94.5 juta pada 2016 selepas dia berkembang menjadi salah seorang bintang muda terbaik Eropah.


Pogba mencatatkan satu gol dan sembilan bantuan gol untuk United dalam musim yang bermasalah dan dibelenggu dengan kecederaan ketika dia terus berjuang untuk kekal cergas untuk perlawanan terakhir mereka musim ini di Crystal Palace pada hari Ahad nanti.

Penafian – Semua yang admin kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Tiada Kontrak Baru, “Pogback” Kembali Semula Ke Juventus?” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia