THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

THiJari adalah platform online milik Tabung Haji. Ia membolehkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Tabung Haji secara online. Pada 5 February 2020, Tabung Haji memperkenalkan dan melancarkan platform ini  membolehkan pelanggan mereka melakukan transaksi online.

THiJARI Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Apa Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan?

Ada beberapa perkhidmatan yang ada dibawah THiJari yang boleh anda gunakan, senarai berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh THiJARI:

  1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga). Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).
  2. Urusan Haj Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.
  3. Kelab Taha/[email protected] Pendaftaran Kelab Taha/[email protected] boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/[email protected], penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/[email protected] boleh dilakukan.

Cara Guna Thijari

Berikut kami kongsikan serba sedikit berkaitan cara penggunaan THiJARI ini bagi memudahkan anda untuk mengakses masuk nanti.

Step 1 – Sebelum menggunakan THiJARI, pengguna harus mengemaskini dahulu semua maklumat di kaunter TH.

Step 2 – Pengguna akan menerima nombor TAC di telefon yang didaftarkan untuk pengesahan. Pengguna harus memastikan nombor telefon yang digunakan adalah nombor telefon yang betul.

Step 3 – Sebaik saja pengguna telah mengemaskinikan maklumat mereka, mereka boleh melawati www.thijari.com.my untuk menggunakan THiJARI.

Tiga cara mudah untuk menggunakan THiJARI:

  • Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  • Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  • Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Maklumat lanjut:

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitan THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau anda boleh hubungi info yang kami beri di bawah ini.

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Penafian: Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan info THiJARI dengan rujukan dari laman sesawang rasmi Tabung Haji, sebarang pertanyaan boleh terus melalui website rasmi, kami tiada sebarang kaitan bersama Tabung Haji, hanya sekadar menyampaikan info sahih sahaja

Leave a Comment