The Taaras Beach & Spa Resort merupakan tempat percutian sempurna jika anda inginkan tempat yang privasi dan mewah. Yang menjadi bonus ialah, ia terletak di Pulau Pedang yang terkenal dengan pantai berpasir putih dan perairan biru!
Oleh itu, aktiviti merancang percutian adalah mudah kerana banyaknya pusat peranginan pantai di Pulau Redang dan anda boleh memilih tempat penginapan yang serba lengkap ini.
Baca juga: 8 Restoran Makanan Laut Popular Di JB
Pemandangan The Taaras Beach & Spa Resort
Dibina dengan elegan di atas pasir putih Pulau Redang ialah ;The Taaras Beach & Spa Resort. Sebuah pusat peranginan pantai mewah yang menghadap ke pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan.
Sangat mengagumkan untuk tinggal begitu dekat dengan keindahan yang ditawarkan pulau ini.
Sebaik sahaja anda melangkah ke The Taaras Beach & Spa Resort, bersedialah untuk jatuh cinta dengan tema palet neutral lembut bilik dan jubin lantai parket yang memenuhi seluruh ruang.
Penginapan The Taaras Beach & Spa Resort
Terdapat sembilan jenis bilik dan suite yang tersedia di resort ini, daripada Cliff Hill Deluxe hingga Taaras Villa.
Bagi mereka yang berbulan madu, kami mengesyorkan anda memilih Suite Master Ocean Front yang terletak hanya beberapa langkah dari pantai.
Memandangkan vila satu bilik tidur ini mempunyai pemandangan laut yang tenang betul-betul di luar tingkapnya, anda boleh juga menghabiskan masa di balkoni peribadi sambil menikmati pemandangan indah.
Suite Master Ocean Front @ The Taaras Beach & Spa Resort juga mempunyai ruang istirahat dan ruang makan yang berasingan serta bilik almari pakaian untuk memaksimumkan ruangnya yang luas.
Ya, suite ini dilengkapi dengan perkhidmatan butler peribadi dan mereka juga pasti akan menyediakan pantri dengan makanan ringan yang menarik.
Jika anda mengembara bersama sekumpulan rakan atau keluarga, anda boleh berbelanja lebih banyak di The Taaras Villa, sebuah penginapan peribadi di atas tebing yang mempunyai lima bilik tidur yang selesa.
Selain mengagumi pemandangan Laut China Selatan yang luas, ia juga mempunyai kolam infiniti peribadi, tukang masak sarapan pagi dan butler serta perkhidmatan keselamatan.
Ia pastinya akan menjadi percutian pantai yang mewah untuk seluruh keluarga anda!
Untuk memanfaatkan sepenuhnya percutian pantai anda di The Taaras Beach & Spa Resort, terokai kemudahan yang ditawarkan oleh resort ini.
Aktiviti Lain
Anda boleh menikmati renangan yang menyegarkan di kolam renang, bersenam di gimnasium yang serba lengkap, atau menyanyi sepuasnya di bilik karaoke.
Selain itu, terdapat banyak pengalaman dan aktiviti riadah untuk dinikmati di The Taaras Beach & Spa Resort antaranya aktiviti snorkeling, menyelam, island hopping, sunset cruise, nature walk, bola tampar pantai dan banyak lagi !
- Alamat: Peti Surat 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu
- No.Telefon: +609 630 8888
Website | Facebook | Instagram