“The Red Giants” Berjaya Jinakkan “Sang Helang” Di Halaman Sendiri!


Selangor robek Kedah 4-1. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Kedah Darul Aman FC dijinakkan Selangor FC apabila begitu mudah dijinakkan tuan rumah dengan keputusan 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dalam aksi keempat saingan Liga Super 2022.

"The Red Giants" Berjaya Jinakkan "Sang Helang" Di Halaman Sendiri! 2

Lima minit pertama menyaksikan kedua dua pasukan bermain secara pasif dalam melakukan gerakan dengan tiada sebarang percubaan bahaya dilakukan selain mengawal bola di bahagian tengah padang.

Namun tuan rumah, Selangor lebih banyak menguasai permainan dan saling bertukar hantaran berbanding Kedah yang tampak beraksi tanpa kekuatan kebiasaannya.

"The Red Giants" Berjaya Jinakkan "Sang Helang" Di Halaman Sendiri! 3

Pada minit ke-11, Amer Azhar hampir menjaringkan gol pertama buat Kedah menerusi rembatan dari sebelah kiri hasil hantaran kemas Ronald Ngah Wanja sebelum diselamatkan oleh Khairul Azhan.

Penyerang Selangor, Herlison Caion terlepas peluang keemasan untuk meletakkan Selangor dihadapan pada minit ke-21 setelah gerakan solo beliau berjaya memperdaya pertahanan Kedah sebelum rembatan beliau sedikit tersasar dari gawang gol lawan.

"The Red Giants" Berjaya Jinakkan "Sang Helang" Di Halaman Sendiri! 4

Namun, Mukhairi Ajmal berjaya membuka tirai jaringan pertama buat Selangor dalam perlawanan ini pada minit ke-26 apabila rembatan jarak jauh luar kotak penalti beliau berjaya meletakkan Selangor dihadapan.

Asakan bertali arus Selangor terus menambah gol kedua pada minit ke-34 menerusi pemain import, Caion untuk memberi keselesaan tuan rumah dengan kelebihan dua gol berbanding Kedah yang seakan hilang arah dalam permainan malam ini.

"The Red Giants" Berjaya Jinakkan "Sang Helang" Di Halaman Sendiri! 5

Penutup separuh masa pertama disudahi dengan rembatan dari pemain import Selangor, Hein Htet Aung namun rembatannya tersasar lalu gagal memberi gol ketiga untuk tuan rumah.

Separuh masa kedua menyaksikan jurulatih Kedah, Aidil Shahrin memasukkan pemain gantian Al Hafiz dan Fayadh Zulkifli untuk membentuk serangan baharu di bahagian hadapan.

Kedah cuba bangkit dengan melakukan serangan menerusi Syafiq Ahmad dan Ronald ngah namun petahanan Selangor lebih bersedia untuk menafikan segala ancaman yang cuba diberikan oleh pasukan pelawat.

"The Red Giants" Berjaya Jinakkan "Sang Helang" Di Halaman Sendiri! 6

Norhakim Hassan terus menambah derita skuad “Sang Helang” dengan meledak gol ketiga Selangor apabila pemain gantian itu mudah menewaskan penjaga gawang Kedah pada minit ke-84 sebelum Caion merobek sekali lagi gawang gol Kedah untuk memberikan Selangor gol keempat seterusnya menambah dua gol peribadi dalam perlawanan ini.

"The Red Giants" Berjaya Jinakkan "Sang Helang" Di Halaman Sendiri! 7

Meskipun begitu, Kedah berjaya mendapatkan gol sagu hati menerusi Fayadh Zulkifli pada minit akhir masa kecederaan.

Keputusan perlawanan ini menyaksikan kekalahan pertama Kedah di Liga Super berbanding “The Red Giants” yang meperoleh kemenangan sulung mereka setelah hanya mencatat keputusan seri dalam dua perlawanan sebelum itu.

Kredit photo : Selangor fc




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3