Pelancong asing yang lengkap divaksin bebas melancong ke mana sahaja di Thailand mulai 1 Jun 2022.
Pengembara yang tidak atau belum lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin tetapi mesti memuat naik bukti keputusan RT-PCR negatif atau ATK profesional dalam tempoh 72 jam perjalanan menerusi Pas Thailand.
Baca juga:
- Pemberian Subsidi Ayam Dan Minyak Masak Botol Ditarik Balik
- Biasiswa Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Sabah 2022
Tidak Perlu Beli Insuran COVID:
Selain itu, setiap pengembara yang ingin ke Thailand perlu mendaftarkan diri di dalam sistem pra-ketibaan atau “Pas Thailand”.
Terbaharu, mulai 1 Julai akan datang pengembara yang ingin ke Thailand lagi membuat pendaftaran pra-ketibaan dan juga tidak perlu membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.
Langkah ini merupakan usaha kerajaan Thailand dalam menambah angka ketibaan pelancong dan memulihkan industri pelancongannya.
Masih Perlu Tunjuk Bukti Vaksin:
Menurut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr. Taweesin Visanuyothin, bagaimanapun pengembara asing masih perlu menunjukkan bukti mereka sudah divaksin atau menunjukkan keputusan ujian COVID-19 negatif bagi yang tidak atau belum lengkap divaksin.
Selain itu, arahan memakai pelitup muka juga akan dimansuhkan kecuali di tempat yang sesak dan tidak mempunyai pengudaraan yang baik.