Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan!


Dipecat atau Tidak?! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Mengapa jawatan Ancelotti dalam bahaya? Disini kami akan cuba jelaskan apa yang terjadi. Perlu difahami jawatan yang disandang jurulatih kelahiran Itali itu agak panas apabila kehadiran semula beliau pada musim panas lepas agak mengejutkan banyak pihak.

Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan! 2

Real Madrid menghadapi kemelut yang agak teruk dengan musim lepas tanpa trofi serta diikuti dengan pemergian Zinedine Zidane bersama kapten Sergio Ramos dan rakan pertahanan tengahnya, Raphael Varane.

Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan! 3

Pada masa yang tidak menentu dari segi moral, presiden kelab Florentino Perez memerlukan sepasang tangan yang ajaib iaitu seseorang yang mampu mengetuai tugas jangka pendek dengan tenang serta mampu membimbing pasukan keluar dari situasi yang bergelora.

Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan! 4

Aspek kestabilan dan pengalaman sangat diperlukan pada waktu itu dan tiada siapa yang lebih sesuai selain daripada Ancelotti yang pernah menjadi jurulatih terdahulu dan faham akan sejarah serta latar belakang kelab. Beliau sendiri sedar akan perkara ini dan disebabkan itulah beliau kembali dari Everton.

Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan! 5

Namun pada musim ini, tidak dapat dinafikan beliau dan pasukannya berjaya mengambil kesempatan ke atas penyandang juara, Atletico Madrid yang menghadapi musim tidak konsisten serta permulaan mengerikan daripada Barcelona dan kekurangan kekuatan dari Sevilla. Hal ini berjaya diatasi Real Madrid dengan mewujudkan kedudukan yang pasti tidak dapat dikalahkan di puncak La Liga.

Ini bermakna Ancelotti sudah bersedia untuk menjadi pengurus pertama dalam sejarah bolasepak dengan memenangi gelaran dalam setiap lima liga besar Eropah. Namun, segalanya akan ditentukan apabila musim tamat nanti.

Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan! 6

Berbalik kepada isu pemecatan, banyak keputusan yang dilakukan Real sepanjang kempen sebahagian besarnya lebih baik dari persembahan mereka. Pasukan itu dikritik kerana terlalu bergantung kepada Karim Benzema untuk inspirasi menyerang dan aksi heroik penjaga gol, Thibaut Courtois.

Ketiadaan Benzema nyata memberi impak yang ketara beberapa minggu lepas apabila Real mengalami kekalahan yang memalukan 4-0 di laman sendiri di tangan Barcelona yang tampak kembali dengan kekuatan pemain muda serta mempunyai dorongan serius untuk mencabar semua trofi musim depan.

Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan! 7

Kritikan utama terhadap beliau sepanjang musim ini adalah keupayaan beliau melakukan penggiliran pemain serta kerap menggunakan skuad yang sama tanpa mengira prestasi pemain. Bagi Perez, persembahan memalukan seperti itu merupakan isyarat untuk menukar jurulatih. Sebagai contoh, Rafael Benitez dipecat sejurus selepas kekalahan 4-0 ditempat sendiri oleh Barca pada tahun 2015.

Julen Lopetegui juga pergi serta merta selepas tewas 5-1 di Nou Camp pada 2018 dan Santi Solari dipecat berikutan kekalahan 4-1 di Liga Juara Juara Eropah di tempat sendiri kepada Ajax beberapa bulan kemudian. Suka untuk diingatkan, sangkaan bahawa Perez tidak sepenuhnya mempercayai Ancelotti diperkuatkan lagi dengan fakta mudah iaitu beliau pernah memecat Ancelotti sekali pada tahun 2015 setahun selepas merangkul gelaran Eropah ke 10 kelab itu.

Tetap Dalam Radar Dipecat Walau Pamer Persembahan Bagus Bersama Pasukan! 8

Nampaknya sejarah berkemungkinan akan berulang dalam beberapa minggu akan datang. Namun dengan hanya satu lagi kejayaan Liga Juara Juara Eropah atau kempen cemerlang La Liga dijangka cukup untuk memujuk Perez supaya tidak memecat Ancelotti.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3