Terowong Menora Korbankan Lima Pelajar

Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora, Kuala Kangsar, tengah malam tadi mengorbankan lima mangsa.
Lima individu rentung merupakan pelajar sebuah universiti swasta dinaungi kerajaan negeri di Kuala Kangsar.
Baca juga:
 Kereta yang dinaiki oleh kesemua mangsa terbakar dalam kemalangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.52 tengah malam.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan kenderaan dinaiki mangsa dengan sebuah treler membawa muatan besi.

“Kereta dinaiki mangsa dan treler 20 tan itu masing-masing terbakar 90 peratus. Mangsa yang terperangkap di dalam kereta disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Pemandu Treler Selamat:


“Pemandu treler bagaimanapun terselamat dan operasi mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap kini sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa turut dibantu BBP Meru Raya, BBP Ipoh dan BBP Kamunting.

Lebuhraya PLUS Sesak:


Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, tengah malam tadi mengakibtkan aliran trafik perlahan dan sesak sejauh 13 kilometer (KM).

PLUS Berhad memaklumkan menerusi akaun twitter mereka, setakat jam 7.41 pagi ini, lorong kanan menghala utara sudah dibuka manakala lorong kiri masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan.

“Trafik sesak 13KM arah utara dan trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif,” kata ciapan itu setakat jam 7.41 pagi tadi.

Terdahulu, ciapan @plustrafik setakat jam 7.04 pagi tadi memberitahu, semua lorong menghala utara dan lorong kanan menghala selatan masih terhalang, menjadikan semua lorong menghala ke utara ditutup kira-kira enam jam.

 

Sumber: Berita Harian, Kosmo


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3