Terlupa Password BPR 2021? Mudah Je Cara Set Balik!

Anda terlupa Password BPR anda? Agak bahaya jika anda tidak ingat kata laluan untuk login masuk ke BPR anda kerana ianya akan menyukarkan anda untuk semak status pembayaran BPR Fasa 3 anda.

Tetapi jangan risau, nak dapatkan semula dan set balik password anda mudah sahaja.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah :

Terlupa Kata Laluan BPR


Jika anda terlupa kata laluan BPR anda, sila lihat cara ubah dan set semula kata laluan di bawah :

  1. Masuk ke website https://bpr.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?
  2. Isi kad pengenalan pemohon.
  3. Masukkan email anda yang telah didaftarkan sebelum ini.
  4. Kata laluan sementara akan diberikan melalui email anda.
  5. Log masuk semula dengan password sementara.
  6. Dan tukar semula password baru yang lebih mudah untuk anda ingat.
  7. Soalan keselamatan akan dipaparkan jika tiada email yang berdaftar.

Sila TULIS di nota atau catit dalam henset anda password yang baru/ emel/ soalan keselamatan anda supaya anda tidak terlupa.

Jika anda terlupa kata laluan BKC, sila ikut cara yang sama di atas.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Cara Semak BPR


Untuk semakan status BPR Fasa 3 yang baru sahaja dibayar baru-baru ini, sila log masuk ke portal https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login dan paparan status kelayakan anda akan dipaparkan.

Macam mana Kalau Email atau Soalan Keselamatan Lupa?


Jika anda tidak ingat email dan soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini, anda perlu hadir ke LHDNM yang berdekatan untuk daftar semula BPR anda.

Hubungi Talian


Ada masalah atau pertanyaan mengenai pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat? Sila hubungi talian di bawah :

1-800-88-2747

Perlukan lebih banyak tutorial, dapatkan info lanjut di HardwareZone.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3