[RASMI] BKM Fasa 3 Akan Dibayar Pada Tarikh ini – Semak Sekarang


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, pengkreditan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 akan dikreditkan tidak lama lagi. Bayaran ini meliputi beberapa kategori termasuk Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara menyemak kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran BKM Fasa 3.

Semakan Status & Fasa Bayaran BKM

Fasa 1

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

Fasa 2

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN

Fasa 3

  • Bayaran dikreditkan bermula penghujung Ogos atau awal September 2022

Fasa 4

    • Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

Malah, ada juga sumber yang mengatakan pembayaran BKM Fasa 3 akan disalurkan bermula minggu kedua September 2022. Sebarang maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Cara Semakan Status BKM Fasa 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

      • Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
      • Klik Semakan Status
      • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
      • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my

Semak juga BKM FASA 3 : Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 TERKINI




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3