TERKINI: Semakan Status STR Fasa 3 Dibuka

TERKINI: Semakan Status STR Fasa 3 Dibuka
TERKINI: Semakan Status STR Fasa 3 Dibuka

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjeas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.

Sumbangan Tunai Rahmah 2023


Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

Jumlah Bayaran STR Bagi Setiap Kategori


Jumlah bayaran STR bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

TERKINI: Semakan Status STR Fasa 3 Dibuka 1

  • Pembayaran akan dibuat secara berfasa iaitu sebanyak 4 kali dalam tahun 2023
  • Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk tarikh dan jumlah pembayaran setiap fasa

STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran


Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pembayaran STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN.

Manakala, tarikh bayaran STR Fasa 3 akan bermula pada JULAI 2023.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3


Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut setiap kategori:

Isi Rumah Tiada Had Umur


Pendapatan < RM2,500

  • Tiada Anak: RM300
  • 1 – 2 Anak: RM400
  • 3 – 4 Anak: RM600
  • 5 atau lebih Anak: RM800

Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Tiada Anak: 0
  • 1 – 2 Anak: RM150
  • 3 – 4 Anak: RM200
  • 5 atau lebih Anak: RM250

Bujang


  • Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
  • Bujang 21 – 59 Tahun: RM150
  • Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM150

Kadar Tambahan Bayaran STR 2023


Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih

Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan

Cara Membuat Permohonan Baru & Kemaskini Status


Kemaskini status & pendaftaran STR bermula dari 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 dan boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut


Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3