(TERKINI) : Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online Guna Nombor IC ~ Semak Sini !!


Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara semak nombor kwsp atau semak nombor ahli kwsp secara online atau manual.


Semakan Nombor KWSP

CARA SEMAKAN NOMBOR KWSP (CHECK SECARA ONLINE / MANUAL)

Bagaimana untuk menyemak nombor ahli KWSP?

Nombor ahli KWSP ini penting untuk kita membuat permohonan berkaitan urusan KWSP seperti baki akaun, semakan caruman majikan, atau lain-lain urusan kewangan seperti membuat pinjaman


Di sini kami kongsikan langkah-langkah menyemak nombor ahli KWSP secara online atau manual.

Apakah KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia. Ia selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

KWSP telah ditubuhkan pada tahun 1951 dan terus kekal relevan sehingga kini. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi memastikan persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan anda.


Cara Semakan Nombor Ahli KWSP

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan nombor ahli KWSP iaitu:

1. Semak No KWSP Secara Online

Untuk membuat semakan KWSP menggunakan IC, anda perlu terlebih dahulu mendaftar ke i-Akaun yang disediakan oleh KWSP.


Dengan mendaftar i-Account, ahli boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli, menyemak baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau urusan lain di rumah atau pejabat.

Untuk makluman, sekiranya anda merupakan pengguna kali pertama i-Akaun, anda perlu mendapatkan ID pengguna dan Kata Laluan terlebih dahulu.

Namun perlu diingat perkhidmatan kaunter di cawangan KWSP perlu melalui Temujanji Dalam Talian terlebih dahulu.


Sekiranya sukar untuk ke kaunter semasa PKP ini, ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang untuk mendapatkan kata laluan sementara.

Dengan kata laluan ini, anda boleh mendaftar i-Akaun dalam Mod Lihat untuk menyemak baki KWSP dan nombor ahli anda.

(TERKINI) : Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online Guna Nombor IC ~ Semak Sini !! 1

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Semak No KWSP Di Kios


Nombor KWSP ahli boleh disemak melalui kiosk KWSP dengan cap jari.

Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kiosk KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Selepas itu, anda boleh mendaftar i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP sepenuhnya secara online.


3. Semak No KWSP Melalui Telefon

Dengan perkhidmatan telefon, anda boleh membuat semakan nombor ahli.

Telefon: 03 – 8922 6000


Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

(TERKINI) : Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online Guna Nombor IC ~ Semak Sini !! 2

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan KWSP dan cawangan yang dibuka dalam tempoh PKP, sila rujuk laman web KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3