TERKINI : Pengeluaran Penuh KWSP Bersyarat Kini Telah Dibenarkan – Semak Sekarang!!


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya ialah memperkenalkan pelbagai program KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra yang membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

TERKINI : Pengeluaran Penuh KWSP Bersyarat Kini Telah Dibenarkan - Semak Sekarang!! 1

Namun, sebenarnya KWSP juga membenarkan pengeluaran penuh KWSP dengan syarat kelayakan tertentu.

1. PEKERJA BERPENCEN


Bagi Pesara / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Takrif pesara ialah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam pekerjaan berpencen oleh kerajaan Malaysia atau kerajaan Negeri atau pihak berkuasa berkanun atau tempatan.

2. 55 TAHUN

Ahli yang mencapai umur 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 digabungkan. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

3. MENINGGALKAN NEGARA

Ahli yang kehilangan atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan semua simpanan mereka dalam KWSP.

4. OKU

Ahli KWSP yang kurang upaya boleh mengeluarkan simpanan penuh sebaik sahaja mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak menerima RM 5,000 sebagai Bantuan Orang Kurang Upaya bagi meringankan beban mereka.

5. KEMATIAN

Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris. Justeru, KWSP menggalakkan ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran KWSP boleh dibuat secara online di Sistem i-Akaun 1 KWSP atau secara manual di cawangan KWSP berhampiran.

Maklumat lengkap pengeluaran KWSP Boleh Semak Sini


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3