TERKINI : Pencarum Boleh Keluarkan Simpanan KWSP Jika Terdesak


Baru-baru ini, Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR) mencadangkan kerajaan membenarkan pengeluaran wang khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kategori dan keperluan untuk mengurangkan beban hidup sekarang.


Pengerusinya, Azmi Mohd Tahir berkata, pengeluaran khas KWSP 2.0 amat diperlukan bagi golongan B40, M40 kerana mereka diberhentikan kerja dan ibu tunggal di seluruh negara.

“Bagi suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta tidak aktif lagi mencarum, kita berharap mereka dibenarkan untuk mengeluarkan semua simpanan persaraannya.

“Ini bagi membantu mereka menyara kelangsungan hidup yang semakin terhimpit, di samping membantu ekonomi keluarga dan kemajuan pendidikan anak mereka.


“Masalah sama dialami bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja secara sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap serta sukar mendapat pekerjaan disebabkan faktor usia dan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmi berkata, pencarum B40 dan M40 yang masih aktif mencarum berumur 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 perlu dibenarkan mengeluarkan 30 peratus daripada akaun berkenaan.

“Pengeluaran ini mengikut keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup untuk mengatasi masalah ekonomi yang tidak menentu dan peningkatan harga barang berterusan memandangkan sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menanganinya dengan baik.


“Bagi pencarum B40 dan M40 yang aktif mencarum serta mempunyai baki simpanan di Akaun 1 kurang RM20,000 mereka seharusnya dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki RM200 dalam Akaun 1 dan 2,” katanya. –

Semak BKM FASA 3 : TERKINI: Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Fasa 3




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3