(TERKINI) E-Wallet : Bantuan Untuk Belia B40 RM 200 ~ Mohon Segera !


Bantuan E-Wallet merupakan satu inisiatif dalam bentuk bantuan kewangan daripada Kerajaan. Bantuan ini termasuk beberapa insentif kepada golongan B40 khususnya golongan belia.


Baca juga : Bantuan RM 20,000 Kepada RAKYAT MALAYSIA Yang Ingin Memiliki Rumah ¬ Jom Mohon Sekarang!

Mohon juga : : BKK 2023 : Kanak-Kanak Di Malaysia Akan Terima Bayaran Sehingga RM1000 Sekeluarga Tahun Hadapan – Mohon Sekarang!

Semak juga : (TERKINI) Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Kini Dibenarkan Bermula Disember ~ Semak Sekarang!


Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan dan dilancarkan pada tahun ini untuk semua golongan. Pada tahun ini, bantuan kewangan diutamakan oleh kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Ini disebabkan faktor ekonomi yang tidak stabil.

E-WALLET UNTUK GOLONGAN BELIA B40

Kerajaan telah melaksanakan program bantuan pemula e-cash ini seiring dengan bantuan lain. Untuk makluman, bantuan e-Wallet ini telah diperkenalkan pada tahun lepas dan akan diteruskan pada tahun ini dan seterusnya. Bantuan ini adalah untuk membantu belia yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Secara keseluruhannya, peruntukan untuk bantuan e-dompet ini melibatkan lebih kurang RM 400 juta bagi memberi manfaat kepada golongan belia b40 pada tahun 2023.


SYARAT KELAYAKAN

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan e-wallet RM 200 seperti berikut:

  • Individu / golongan belia b40 yang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
  • Belia yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi Awam
  • Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan bantuan kerajaan, anda boleh semak – DI SINI

KADAR JUMLAH BANTUAN

Berita baik, kadar bantuan e-dompet ini telah dinaikkan sebanyak RM 200 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM 150. Kerajaan bersetuju menambah jumlah bantuan itu bagi mengikuti peredaran zaman.

BANTUAN PANDUAN PENEBUSAN

Bagi golongan belia, anda boleh mendapatkan bantuan e-dompet pemula ini yang boleh ditebus melalui perkhidmatan yang terlibat dalam platform seperti berikut:


  • ShopeePay
  • BigPay
  • Touch n Go
  • GrabPay

Peringatan, setiap individu hanya boleh tebus bantuan ini di mana-mana platform perkhidmatan e-tunai di atas hanya 1 pilihan sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan e-wallet RM 200 ini, pelbagai bantuan baharu akan dilaksanakan pada tahun 2023. Untuk menyemak semula bantuan yang telah diumumkan pada mesyuarat bajet 2023, anda boleh melayari portal rasmi – SEMAK DI SINI untuk semakan dan rujukan.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3