Terkini – Bantuan Tunai RM500 Dikreditkan Setiap Bulan : Berikut Senarai Penerima Dan Cara Pembayaran!

Bagi yang memerlukan bantuan kewangan, berita baik untuk anda kerana masih ada beberapa pakej bantuan yang akan diedarkan oleh pihak terbabit.

Salah satu faedah yang ramai orang terlepas pandang ialah Bantuan Am yang mungkin ramai orang terlepas pandang, tetapi layak.

Faedah Bantuan BWE


Bantuan ini diberikan kepada warga emas yang sangat miskin (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan mereka.

Kadar Bantuan


  • RM500 sebulan seorang.

Syarat kelayakan


Berikut adalah senarai syarat kelayakan untuk penerima bantuan:

1. Warganegara dan pemastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Semasa atau Purata PGK
Per Kapita Miskin Semasa; dan
4. Warga emas yang tidak tinggal di:
i. Institusi yang dikendalikan oleh JKM; atau
i. Pusat jagaan harian/kediaman yang menyediakan kemudahan/perkhidmatan secara percuma;

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Serentak antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Maklumat lanjut: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=dmp5dm5raUhvVSt6SVk4MWRmZkswdz09

Kaedah pembayaran


Semua penerima bantuan yang terlibat akan menerima bayaran yang disalurkan sepenuhnya melalui akaun bank masing-masing.

Cara Memohon Bantuan


Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Daerah / Jajahan / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (diuji cara) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan. Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak. tinggal bersama, salinan sijil lahir anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan dokumen lain yang berkaitan.

Borang Berkaitan


Muat turun borang berikut:


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3