Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat (BTR) bagi kategori keluarga yang dilaksanakan setakat ini akan diteruskan dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Anwar berkata, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 akan diagihkan lebih awal pada Januari 2023 berbanding Mac tahun ini.
Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Keluarga
Pembayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 untuk setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.
- Mohon Juga : TERKINI : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Kategori Bujang : Semak Kelayakan Anda Sekarang !
- Semak Juga : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023: Semakan dan Tarikh Bayaran ~ Semak Sini Info Lanjut
- Mohon juga : TERKINI Ini Senarai Bantuan Pada Bulan Januari 2023 ~ Semak Sekarang!
“Saya berharap pengeluaran awal ini dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat ketika ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat ketika membentangkan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Dimasuk Akaun) 2022 dan cadangan Bajet Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.