Bantuan khas tambahan sebanyak RM 200 mula dikreditkan kepada rakyat Malaysia pada 10 April lalu.
Para petani kecil getah, sawah dan nelayan merakamkan kesyukuran dengan berita gembira Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 200 ini.
BANTUAN TAMBAHAN RM 200
Bantuan kewangan khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan berjumlah RM 200 seorang akan dibayar pada 10 April 2023.
“Pemberian khas RM 200 kepada pesawah dan nelayan dijangka memanfaatkan 240,000 pesawah dan 38,500 nelayan di seluruh negara.
Baca Juga :
PENGUMUMAN BANTUAN TAMBAHAN
Pada 29 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Bacaan Kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Negara mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 kepada setiap nelayan, pesawah dan petani getah kecil. .
JUMLAH BANTUAN
Bayaran berjumlah RM 200 dan akan dibayar secara one-off kepada
- Nelayan
- Petani padi
- Petani getah kecil
- TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran secara rasmi bermula pada 10 April. Pembayaran adalah secara berperingkat kepada setiap penerima yang layak menerima bantuan tersebut.
Permohonan tidak dibuka untuk penerima bantuan khas ini.
Cara Pembayaran Bantuan
Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran bantuan kepada pesawah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Manakala bayaran bantuan kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing akan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Info Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan, sila hubungi pihak KPKM dan Jabatan/Agensi KPKM seperti berikut:
- Bilik Gerakan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri KPKM: 03-8870 1759/ 1760/ 1761;
- Jabatan Perikanan Malaysia (DOF): 03-8870 4422/ 4475;
- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP): 03-2610 9664;
- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM): 03-8064 9303;
- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA): 04-772 8255; dan
- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA): 09-745 5388 samb. 5433
Bila Ada ambil duit bantuan?
Kami perniaga kecil..di campak jauh2 tak pandang dah ke..
Macam2 bantuan telah dibayar kpd perjawat awam, nelayan, pesawah dll tetapi permohonan baru str entah bila nk dibayar oleh kerajaan MADANI….???
Pemohon baru bila nk dapat …raya dah nk tiba…bos ku..
Aku layak ka tu dapat
Sy perniaga bwah pokok kalau dpt rezeki nk tmbh kerusi dan meja aje..sy niaga goreng2
Macam2 bantuan diberikan kpd perjawat awam,risda,nelayan,pesawah dll tetapi permohonan baru str entah bila nk dibayar oleh kerajaan MADANI….!!!!?
Macam2 bantuan telah dibayar kpd perjawat awam, nelayan, pesawah dll tetapi permohonan baru str entah bila nk dibayar oleh kerajaan MADANI….???
kami yang kerja buruh ni tak ada la mcm tu…plih kasih btul..kmi b40 ni tak ada bntuan pn
Adakah Saya mendapat rm200 bantuan Hari Raya?