(TERKINI) Bantuan Khas RM500 Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun Ini ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang!


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih disasarkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan bebanan rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 dan juga M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat yang melibatkan Fasa 4 dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima. Kerja juga menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.


Siapakah yang akan menerima bayaran BKM Tambahan dan bilakah waktu pembayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Tambahan.

KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:


  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau;
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.

(TERKINI) Bantuan Khas RM500 Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun Ini ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang! 1

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM500 BKM FASA 3

Bagaimana anda tahu sama ada anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman, anda boleh membuat semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut ialah cara menyemak kelayakan BKM tambahan:

  • Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak.my/account/Login.aspx
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan
  • Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan

Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan pada halaman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak menerima bayaran BKM tambahan.


TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS RM500 BKM

Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi penerima yang layak:

  • Peringkat 1: 28 Mac 2022
  • Peringkat 2: 27 Jun 2022
  • Fasa 3: 20 September 2022
  • Fasa 4: 15 November 2022 (Diagihkan secara berperingkat)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3