TERKINI : Bantuan Barangan Dapur RM300 Setiap Bulan Untuk Rakyat Malaysia ~ Mohon Sekarang!


Bantuan barangan dapur merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2023. Untuk makluman umum, insentif khas ini adalah untuk golongan yang memerlukan khususnya golongan B40 dan miskin.

Semak juga : MySTR Login Semakan,Kemaskini Permohonan STR : Semak Sini

Semak juga : Bayaran Bantuan Khas Kewangan Mula Dikreditkan Harini Ini – Semak Sini Sekarang !

Program BINGKAS ini yang dikenali sebagai program bantuan kebajikan Selangor merupakan bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya. Atas keprihatinan kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri bersetuju meneruskan insentif ini pada 2023.

PROGRAM INSENTIF BINGKAS 2023

Objektif pelaksanaan bantuan BINGKAS ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang kurang berkemampuan untuk menguruskan hal ehwal keluarga serta mendidik serta membesarkan anak-anak tanggungan.

Pada waktu ini, keadaan ekonomi dalam negeri tidak stabil dan pasca wabak yang juga masih belum pulih sepenuhnya. Insentif istimewa ini amat diperlukan untuk keluarga yang memerlukan.

Sebagai Menteri Besar Selangor, YAB Dato Seri Amirudin bin Shari turut berkata, program bantuan BINGKAS ini juga adalah untuk meluaskan jangkauan dan menambah baik program bantuan sebelum ini juga. Itulah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan program KISS IT (ibu tunggal) agar manfaatnya dapat diperluaskan bukan sahaja kepada ibu tunggal malah juga kepada keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN


Syarat kelayakan berikut telah ditetapkan untuk bantuan barangan dapur BINGKAS seperti di bawah:

  • Insentif istimewa ini terbuka hanya kepada Warganegara Malaysia
  • Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bulanan semasa di bawah RM3,000
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di negeri Selangor.

KADAR BANTUAN PANTAS


Untuk makluman, kadar bantuan keperluan dapur BINGKAS adalah sebanyak RM300. Pemohon yang layak akan menerima bantuan ini melalui ewallet dan akan diberikan secara automatik setiap bulan.

Bantuan ini boleh digunakan di mana-mana pasar raya berdaftar untuk membeli barangan keperluan dapur pada tahun 2023.

BAGAIMANA UNTUK MEMINTA BANTUAN


Garis panduan berikut telah disediakan untuk memohon bantuan BINGKAS seperti di bawah:

  • Untuk pendaftaran, sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI
  • Kemudian anda perlu mengikuti arahan pendaftaran permohonan
  • Isikan maklumat peribadi yang diperlukan
  • Hantar borang permohonan dalam talian.



Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3