Terkini : Bantuan AidilFitri RM700 Kini Dibayar Pada Bulan Depan : Semak Kelayakan Anda!

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Ini juga berlaku di bawah Bajet 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.

Antaranya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023:-

Bantuan Aidilfitri


Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri merupakan inisiatif yang diperkenalkan sempena musim perayaan dan bertujuan meringankan beban dalam membuat persiapan menghadapi hari yang mulia.

Bantuan Aidilfitri tahun ini adalah sebanyak RM700 dan RM350 berdasarkan kategori setiap penerima.

Bantuan RM700 akan diagihkan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala RM350 pula diberikan kepada pesara Kerajaan.

Tarikh pembayaran


Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2023, bayaran bantuan khas ini akan dibuat pada April 2023.

Pada masa sama, Kerajaan turut memberikan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan kepada penjawat awam. sebenarnya,

had pendapatan bulanan isi rumah yang layak juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000.

“Berkaitan perkara yang sama, bagi meluaskan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 taska dan taska KEMAS termasuk 13 projek baharu.” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan Bajet 2023, sila rujuk Portal Rasmi Kementerian Kewangan – Semak sini


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3