(TERKINI) : Bajet 2023 : Ini Senarai Inisiatif & Bantuan Rakyat ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang !!


Dalam artikel ini kami akan berkongsi senarai inisiatif bajet 2023 serta senarai bantuan awam (BKM 2023).


FOKUS PERTAMA

Bagi Bajet 2023, Fokus Pertama ialah Kesejahteraan Rakyat. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

Mohon juga : (TERKINI) E-Wallet : Bantuan Untuk Belia B40 RM 200 ~ Mohon Segera !

Semak juga :  Bayaran Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sebanyak RM500 Akan Dikreditkan Sebelum Akhir Tahun 2022 ~ Semak Kelayakan Anda Disini !!


Semak KWSP :  (RASMI) KWSP Kini Benarkan Ahli Guna Simpanan Akaun 2 Melalui i-Lindung: Mohon Secara Online Sahaja

  • Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Mengutamakan Keluarga Malaysia
  • Membina Kehidupan Kondusif

FOKUS KEDUA

Selepas aspek Kesejahteraan Rakyat diambil kira, Fokus Kedua Bajet 2023 ialah Kesinambungan Perniagaan. Ia akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Mempermudah Aktiviti Perniagaan
  • Merancak Pelaburan dan Perdagangan
  • Menyokong Industri Tumpuan

FOKUS KETIGA

Bagi memastikan kadar inflasi terkawal, Fokus Ketiga Belanjawan 2023 ialah Kemakmuran Ekonomi, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:


  • Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil
  • Meneruskan Projek Infrastruktur Negara
  • Mengungguli Agenda Kelestarian

FOKUS KEEMPAT

Bajet 2023 direka untuk terus mencapai matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe 12). Justeru, Fokus Keempat Bajet 2023 ialah Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan, yang akan dilaksanakan melalui tiga (3) Strategi iaitu:

  • Memperkukuh Perkhidmatan Utama
  • Membina Daya Tahan Negara
  • Penyampaian Perkhidmatan Awam Terbaik

Intipati Bajet 2023

Berikut adalah antara intipati Bajet 2023 yang baru diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2022.

Subsidi Bil Elektrik

Subsidi bil elektrik sehingga RM40 diberikan kepada isi rumah miskin tegar e-Kasih.


Keadaan pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) telah dinaikkan daripada RM980 kepada RM1,169

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak


ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

bajet 2023


iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

BAJET BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500


Tambahan RM500

Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000, memberi manfaat kepada 8 juta individu.

intipati bajet 2023


Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa & akan diagihkan pada Januari 2023.

intipati bajet 2023


Baca juga: Kategori Kelayakan & Jumlah Bayaran BKM 2023 Terkini

Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang anak mereka dilahirkan pada 2023 akan diberi bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 dengan peruntukan RM150 juta.


Bantuan ini bagi meningkatkan kadar kelahiran dan sekaligus mengurangkan masalah kanak-kanak terbantut.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023

Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah berjumlah RM700, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM600 dan dibayar pada Mac 2023 berserta kenaikan gaji RM100.


Kenaikan Kadar Elaun Sara Hidup Tajaan JPA

Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai di negara ini akan diseragamkan dan dinaikkan sebanyak RM100 sebulan untuk semua peringkat pengajian.

Kenaikan Gaji MySTEP


Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000

Pembangunan Perniagaan

  • Khazanah Nasional akan melabur RM1 bilion di bawah Dana Impak pada 2023
  • EKUINAS sedia melabur Dana Asas berjumlah RM100 juta untuk syarikat bumiputera dengan nilai pelaburan minimum RM10 juta bagi setiap pelaburan
  • Kerajaan melalui MDEC akan menerajui usaha transformasi UTC sebagai hab digital
  • Kerajaan mencadangkan penubuhan 2 UTC baharu, bagi mengekalkan UTC sedia ada dengan peruntukan RM20 juta
  • HRD Corp akan menyediakan RM750 juta untuk menyediakan latihan kemahiran kepada lebih 800 ribu pekerja bagi meningkatkan produktiviti dan peluang pendapatan
  • RM10 juta disediakan kepada CREST untuk membangunkan aplikasi bagi industri automotif
  • Dana pelaburan lebih RM1 bilion akan diwujudkan sebagai pendekatan strategik untuk menarik lebih banyak pelaburan nilai tambah tinggi
  • Kerajaan komited untuk mencapai 10 teratas dunia sebagai negara yang berdaya saing menjelang 2025
  • RM20 juta disediakan sebagai geran padanan untuk pembangunan produk industri peranti perubatan
  • RM20 juta disediakan untuk melaksanakan Program Keusahawanan Siswazah (PUSh) untuk manfaat 1,000 graduan yang terlibat dalam bidang keusahawanan
  • Insentif cukai pendapatan untuk pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025
  • Kerajaan mencadangkan status khas Kompleks Petroleum Pengerang bagi insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia
  • Cradle Fund akan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk membantu lebih banyak syarikat baharu berinovasi di peringkat antarabangsa

Perbelanjaan Pembangunan

  • Kerajaan akan tambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak dengan membina wheelchair ramp
  • Bajet 2023 menyediakan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM95 bilion iaitu yang terbesar disediakan
  • Kerajaan cadang lanjutkan tempoh permohonan insentif Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Dis, 2025 bagi menggalakkan peaburan hijau
  • Kerajaan komited untuk terus mensubsidi perkhidmatan pengangkutan udara dengan peruntukan RM209 juta bagi manfaat penduduk luar bandar
  • Inisiatif pas bulanan My50 bagi perkhidmatan rel dan bas diteruskan, manfaat hampir 180 ribu pengguna warga Lembah Klang
  • RM305 juta disediakan kepada masyarakat Orang Asli antaranya bagi program bantuan sosial, peningkatan taraf hidup serta Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli
  • Hampir RM1 bilion ringgit disediakan untuk kebajikan warga emas berbanding RM580 juta pada 2020
  • Kerajaan terus sediakan geran berjumlah RM21 juta untuk sokong operasi institusi penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU swasta yang dikendalikan oleh NGO
  • RM1.2 bilion disediakan untuk OKU antaranya bantuan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak berupaya kerja dan elaun pekerja cacat
  • Kerajaan terus perkasa Skim 1 OKU 1 Perniagaan dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan
  • RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing
  • RM20 juta untuk bekalkan peralatan mengajar serta menambaik baik fasiliti di sekolah berkeperluan khas
  • Kerajaan sediakan insentif khas bagi tubuhkan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 buah sedia ada
  • RM10 juta disediakan di bawah inisiatif Agropenjara bagi memperluas aktiviti pertanian dan perladangan libatkan 70 hektar tanah penjara
  • Potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas banduan termasuk penghuni Sekolah Henry Gurney, institusi perlindungan dan pemulihan Kerajaan serta pusat jagaan bukan Kerajaan

Maklumat Penuh Intipati Bajet 2023: https://budget.mof.gov.my/ms/bajet2023/ 




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3