‘Tergamak Hina Ibu Saya?’ – Anna Jobling


Pelakon berdarah kacukan , Anna Jobling kesal terhadap segelintir netizen yang tidak menjaga percakapan sehingga merendahkan ibunya .

Melalui satu perkngsian di media sosial , netizen dengan sengaja meninggalkan komen yang menyakitkan hati dengan mengatakan ibu Anna sebagai orang gaji kerana rupanya yang berbeza dengan Anna.

Anna merasakan itu adalah satu contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan tidak beradap kerana ianya adalah keterlaluan apabila menghina fizikal orang lain.

Ibunya sememangnya tidak pernah mahu mengambil kira tentang pandangan orang lain tetapi Anna berharap agar orang ramai dapat menghormati ibunya dan menjaga hati serta perasaan keluarganya.

“Kenapa perlu hina mak orang sampai begitu sekali. Boleh tak menghormati keluarga saya?”

'Tergamak Hina Ibu Saya?' - Anna Jobling 1

“Kalau ada masalah, beritahu saya, jangan babitkan mereka. Jangan ganggu keluarga saya sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun. Apa kalian akan rasa kalau ada seseorang kurang ajar dengan keluarga kalian pula?”katanya dengan nada marah.

BACA INI :  Adira Selamat Lahirkan Anak Keempat Secara Pembedahan

Walaupun ibunya sering menjadi mangsa buli namun dia masih bersyukur kerana mempunyai ibu yang memahami kerjayanya sebagai artis yang sentiasa menjadi soroton media dan orang ramai.

“Dia sangat kuat dan tak kisah apa orang nak cakap. Dia hanya memberi fokus penuh kepada saya. Jadi terpulang kepada orang luar nak buat apa.”

“Sedih itu memang sudah semestinya sebab ibu saya tak ganggu orang. Mungkin sebab saya adalah figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa saja mengenai saya.”

Tak Mahu Peduli


Anna juga tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sehingga menjejaskan kerjayanya namun tidak mampu menutup mulut netizen yang sentiasa tidak berpuas hati dengan hidup orang lain.

'Tergamak Hina Ibu Saya?' - Anna Jobling 2

“Kenapa tak nak komen mengenai kerjaya saya je? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut. Mereka akan sentiasa bercakap,” katanya.

Anna yang sedang mencipta apabila lakonanya menjadi bualan ramai mengakui masih bertahan kerana mempunyai ramai peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang dan memberikan kata-kata semangat kepada dia dan ibunya.

“Peminat saya baik dan mereka kenal saya macam mana. Saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka,” katanya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3