Terdapat Keraguan Atas Kematian , Keluarga Arwah Pengasas Kosmetik Dnars Mohon Siasatan Semula Dijalankan


Selepas pemergian yang begitu memilukan buat keluarga Allahyarham , terdapat beberapa video dan juga kenyataan yang memperkatakan tentang keraguan atas kematian pengasas tersebut.

Malah anak perempuannya juga dilihat pernah berkongsi cerita tentang perkara yang berlaku selepas pemergian ibunya itu yang didakwa mempunyai unsur yang meragukan dan terdapat pengkhianatan daripada pihak tertentu.

Melalui laporan yang telah dibuat oleh abang sulung Allahyarham, Mohd Faisal Rohban Ahmad melalui Tetuan Shaharuddin Hidayu dan Marwaliz di Pejabat SPRM Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada hari ahad lalu.

Anak- anak Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad.

Menurut Peguam bela dan peguam cara, Leftenan Kolonel Bersekutu Azhar Ahmad, pihak keluarga pengasas kosmetik telah memohon satu siasatan dilakukan oleh SPRM kerana mendakwa urusan jenazah tidak melalui kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsul Malaysia di Songhkla yang disahkan oleh pegawai di Wisma Putra, Putrajaya.

“Jenazah Faziani dikatakan tiba terlalu cepat ke Malaysia melalui pintu sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang pada jam 4 petang hari sama kemalangan pada 18 Mei 2019.”

“Malah urusan penghantaran jenazah arwah didakwa tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang iaitu dipercayai tidak mempunyai Surat Kebenaran dari Perwakilan Malaysia di negara yang berlaku kematian.”

Keraguan ini disebabkan oleh tempoh jenazah pengasas kosmetik itu dibawa pulang adalah sangat cepat dan terlalu mudah , yang mana perkara seperti itu perlu melalui beberapa prosedur di Thailand dan mengambil masa beberapa hari.

Tujuan laporan itu dibuat adalah untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian Allahyarham kerana merasakan terdapat unsur salah guna kuasa atau sebagainya dalam proses yang dijalankan.

“Keluarga sememangnya bersyukur apabila jenazah dapat dibawa pulang awal, namun kami mengesyaki berlaku salah guna kuasa atau unsur rasuah dalam urusan penghantarannya.”

“Laporan baru dibuat sekarang kerana kekangan keadaan Covid-19 dalam negara dan kami keluarga memohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini.”

Kereta MpV yang dinaiki selepas kelamalangan.

Sekadar info , Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand bersama suaminya pada tahun 18 mei 2019.

Kemalangan tersebut membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa serta suaminya dengan sebuah lori yang mana mereka dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.

Beliau sememangnya seorang yang mempunyai hati yang sangta baik dan suka memberikan sumbangan tidak tanpa mengira bangsa dan negara, Dek kerana kepergiannya itu , ramai yang terkesan dan merasa kehilangan.


Namun anak perempuannya itu masih lagi meneruskan kerja kebajikkan yang telah menjadi amanah yang besar buat keluarganya mereka dan begitu terbuka hati memikul tanggungjawab tersebut.

Disclaimers – Bahan yang kami kongsikan diatas hanyalah tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Terdapat Keraguan Atas Kematian , Keluarga Arwah Pengasas Kosmetik Dnars Mohon Siasatan Semula Dijalankan” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia