Home » Isu Semasa » Teo Nie Ching Mohon Maaf Tersalah Guna Perkataan Lahabau

Teo Nie Ching Mohon Maaf Tersalah Guna Perkataan Lahabau

Melaka, 08 November 2021 – Ahli Parlimen Pulai, YB Teo Nie Ching hari ini memohon maaf melalui laman facebooknya berkaitaan penggunaan gambar yang memaparkan ‘lahabau’ sebagai sebahagian bahan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Nie Ching juga mengkaui perkara itu jelas adalah satu kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya dan akan lebih berhati-hati sewaktu berkempen.

“Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan, khususnya DAP, hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen.

“Namun, manusia tidak pernah lepas daripda kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial. Saya cuma ingin berkempen melalui “frame” percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular di laman sosial dan di aplikasi whatsap Nie Ching dilihat menggunakan frame gambar di Facebook yang mempunyai perkataan “Lahabau Melaka, Jom Undi”, namun telah mengubahnya selepas menerima teguran daripada netizen.

Menurut kamus Dewan Bahas dan Pustaka(DBP), lahabau antara lain adalah kata makian bermaksud tidak berguna dan tidak boleh diharap.

Beliau yang memminta maaf, “Dengan inin saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa.

“Saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuatnaikkan bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka,” Katanya lagi.

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Teo Nie Ching Mohon Maaf Tersalah Guna Perkataan Lahabau” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes