Tempoh Untuk Menunggu Perodua Alza Yang Baharu Hingga 10 Bulan


Tempoh untuk menunggu Perodua Alza serba baharu yang telah mula dilancarkan pada 20 Julai lalu adalah antara lapan hingga 10 bulan, dengan 39,000 tempahan diterima setakat ini termasuk 9,000 tempahan pada sepanjang bulan lalu. MIDF Research dalam nota penyelidikannya telah berkata, tempahan pasca pengecualian cukai untuk syarikat kereta nasional kedua itu masih memberangsangkan apabila berjaya memperoleh sekitar 24,265 tempahan baharu pada Julai, bersamaan dengan kira-kira sebulan jumlah keseluruhan industri (TIV) PERODUA.


Mereka mendapati bahawa jumlah ini adalah tambahan daripada 243,000 tempahan tertunggak, bersamaan dengan nilai setahun TIV PERODUA yang diumumkan bulan lalu. Tempahan pada bulan Julai yang kukuh menandakan momentum jualan masih mantap, yang mereka fikir sebahagiannya didorong dengan pelancaran Alza baharu pada baru-baru ini dan secara umunya, didorong permintaan terpendam di tengah-tengah pasaran buruh yang bertambah baik secara beransur-ansur sejajar dengan pemulihan makro.

Firma penyelidikan itu berkata dengan secara positifnya, Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad turut menyatakan bahawa kumpulan itu telah memperolehi bekalan cip untuk baki tahun ini untuk mencapai rekod sasaran TIV tahunannya sebanyak 247,800 unit bagi tahun ini. PERODUA juga sedang melihat untuk berkongsi sumber dengan vendor, contohnya adalah penempatan tenaga kerja, perkongsian gudang dan pengaturan alat ganti untuk menangani isu kekurangan buruh asing di vendor dan memastikan rantaian bekalan yang lancar di dalam negara. Mereka juga telah menjangkakan usaha ini akan menghasilkan penjimatan kos yang akan membantu mengurangkan kesan kos bahan dan logistik yang lebih tinggi.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy

Walaubagaimanapun, MIDF Research telah menambah, walaupun TIV PERODUA pada Julai dijangka lemah sedikit berbanding Jun memandangkan isu bekalan cip, pengeluar kereta itu difahamkan cuba meningkatkan pengeluaran kepada sekitar 26,000 sebulan pada separuh kedua 2022, berbanding purata 21,700 sebulan pada separuh pertama 2022 untuk memendekkan senarai menunggu.

Namun, sekiranya ini menjadi kenyataan, mereka melihat kemungkinan TIV Perodua bagi 2022 mampu mengatasi bukan sahaja prestasi malahan sasaran jualan 247,800 yang disasarkan oleh pengurusan. Seperti yang sedia maklum, unjuran mereka bagi TIV PERODUA tahun ini ialah 243,500 unit, naik 28 peratus tahun ke tahun, lebih konservatif sedikit berbanding sasaran pengurusan syarikat itu.

Penafian – Bahan artikel admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Tempoh Untuk Menunggu Perodua Alza Yang Baharu Hingga 10 Bulan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.