Tempoh Kemaskini Maklumat Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris Dibuka Sehingga 21 Ogos 2022

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah mengeluarkan hebahan arahan untuk mengemaskini keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris.

Graduan Pendidikan (Pengkhususan Bahasa Inggeris) yang telah mengemukakan permohonan melalui MySPP semasa iklan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 pada 13 sehingga 27 Mei 2022 dinasihatkan mengemaskini maklumat Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca juga:

Tempoh Kemaskini Dibuka:


Pengemaskinian maklumat keputusan Ujian Penguasaan Bahasa Inggeris boleh dibuat sehingga 21 Ogos 2022 (Ahad).

Cara Kemaskini Maklumat Keputusan:


Beikut adlah langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat keputusan:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal semakan SPP.

Langkah 2: Masukkan nombor kad pengenalan.

Langkah 3: Klik hantar untuk tujuan semakan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-8871 7414 atau emel ke alamat [email protected].


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3